Wednesday, March 7, 2012

Kucing~Cinta Mekar Kerana Dipupuk Selalu

Rabu~7 Mac 2012~6.55ptg


Salam & selamat petang....:)

Dum dam dum dam guruh berdentum kat langit.Hujan dah tentu dengar mencurah-curah.
Tapi tak jugak saya offkn lappie ni.
Haiii...tak syg lappie nampak...? Errrr...syg tp idea tgh on ni...so ignore the scary drums...muehehe...

Ermmm...tajuk kali ni pun jiwang jugak? Mood bunga-bunga? Oh tidak...tidak...

Saya tergerak nak tulis entry ni after bace updates Papa Hero [aktivis cintakan haiwan]
kat facebook kakimotong fan club hari ni.Yang paling menangkap mata dan jiwa saya bila
Papa Hero [PH] menyatakan yang terkilan dgn masyarakat yang menyindir usahanya
dengan mnulis kata-kata sinis terhadapnya dlm facebook.

PH ni adalah org yang menyelamatkan seekor kucing bernama Hero yang kudung
kedua-dua tangannya selepas dianiaya manusia yang amat zalim.bertitik tolak dari itu,
PH kini menjadi slh seorang yang begitu dihormati pencinta haiwan atas usaha dan
inisiatifnya dalam memberi kesedaran terhadap masyarakat ttg kecintaan terhadap
haiwan terutamanya kucing dan anjing jalanan.

Itu intro tentang PH.Selepas membelek-belek page PH arini, saya tergerak hati utk menulis ini:

Dulu masa saya kanak-kanak,saya tak ada kucing peliharaan.cuma selalu nampak kucing
org lalu lalang kat kawasan rumah ibu bapa saya.rumah kami ni rumah tanah rancangan,
tak ada berpagar sebab kejiranan kami selamat dan rapat.biasalah kawasan kampung.

Jadi budak2 bulus ni tak tau datang dari mana main2 kat halaman.
Abah saya sememangnya tidak sukakan kucing waktu tu.Katanya kucing suka
calarkan keta.Dihalaunya kucing tu.Pantang nampak di mata, abah pasti akan kejar
dan jerit kuat2.Macam halau penyamun.Kadang-kadang baling batu.Ye..baling batu
sampai bedebub kena kucing tu.Saya dan mak saya pulak sukakan kucing.Kitorang la
yang pekik balik kat abah merayu jangan diapa-apakan makhluk kecik selemah mereka.

Itu kisah sebelum dua tahun kami adopt Tompok atau Ipok.mak saya mintak nak bela Ipok
dari jiran sebab saya suka sgt2 dengan Ipok.lepas tempoh breastfeeding dlm 3 bulan,saya
take over jaga Ipok daripada jiran.Atas izin Allah,Abah yang segarang & tak sukakan kucing
tu jadi lembut hati.Mungkin juga dia kesiankan saya yang beria-ia nak bela Ipok.

Disebabkan baru umur 9 tahun,saya belum mampu membeli makanan Ipok.Abahlah yang
akan cari Friskies Ipok merata-rata.Ipok ada taste sendiri.Wetfood nak whiskas,kibbles nak Friskies.
Kalau xde stok kat supermarket terdekat,Abah sanggup drive sejam perjalanan utk
cari kat tempat lain.

Lihat bagaimana rasa tanggungjawab & kasih sayang tu bercambah.Ipok kucing yang baik.
Kami tak pernah neuter dia sebab masa tu kami belum faham tentang konsep mengembiri haiwan peliharaan.
Ipok suka merayau pergi masjid dan sekolah agama.Alim sungguh kucing saya ni.Hehehe.
Mula-mula dia pandai merayap,kami risau sebab
dia kadang tak balik rumah dalam 3 hari.Abah smpai bawak guni utk bawak dia balik.
Tapi lama-lama dah tak payah berguni lagi.Bila dengar bunyi motor lalu masjid je,akan kedengaran suara Ipok memanggil.
Dia sendiri yang akan panjat bakul motor abah.Ipok,I miss you...

Ipok pernah kencing pancut atas belakang abah saya masa abah tgh tgk TV.tapi abah tak marah.Abah syg Ipok.
Abah suka usik Ipok dgn gerakkan kaki scara tiba2 kalau Ipok lalu
sebelah dia.Ipok akan terkejut dan meloncat setinggi-tingginya...Abah syg Ipok lg.
Sampai nak balik kg pun,Abah suruh bwk Ipok sekali.Ipok kencing atas seat sebab tak biasa.Abah tak marah jugak.

Masa kat kg,Ipok hilang masa sy tidur.Ipok takde sangkar.Kami ikat guna tali je.
Subuh tu,kami released tali Ipok sbb saya nak peluk.Sedar2 je Ipok dah takde!
Glabah kami dibuatnya.Abah cari dan jumpa Ipok kat masjid.Masjid lg?
Alhamdulillah senang cari Ipok.

..........................................................................................................................................................................

Sekarang Ipok dah takde...dia mati tahun tahun 2001 sebab kena langgar masa balik
subuh dari masjid.Kami tak jumpa bangkai dia sampai sudah.Kata jiran,ada org alih dan tanamkan Ipok.
Mak saya meraung...meratap peluk tin kibbles Ipok.Ipok kucing peliharaan
kami yang pertama.Saya hilang arah,asyik nangis tengok gambar Ipok.Abah sembunyikan kesedihan dia.
Kami tau Abah pun sedih.Sebab Ipok dia berubah jadi penyayang kucing.

Kerana Ipok,Abah dah tak baling batu kat kucing lain lg.

Sebab Ipok,Abah protective bila Ipok gaduh ngan kucing lain.Sebab tanggungjwab & syg kat Ipok,
Abah hantar Ipok pergi veterinar bila Ipok cedera.Sedangkan dahulunya Abah tak tau apa-apa tentang penjagaan kucing.

Sebab Ipok,kami ada Cici yang kami bela sekarang.
Abah syg Cici macam Abah syg Ipok.Tikus pun sorok gigi sebab Ipok ada.
Tapi kini dah 11 tahun Ipok dijemput Maha pencipta...


* ni Cici...kucing kami skrang.

Okay...sambil taip ni saya nangis.Tetiba saya rindu Ipok...sungguh.Saya tak sempat
bermanja lama dengan Ipok sebab saya suka buli dia.Masa tu saya kecik lagi...saya rasa menyesal
sebab jahat langgar die ngan basikal.Saya kejar dia satu rumah sampai
dia takut lari2 masuk bawah meja,sehari sebelum kematian dia.Saya menyesal.
Saya harap Ipok maafkan saya.Dia dah tentu di syurga.

*Apa yang saya nak highlight kat sini, sifat kasih manusia terhadap haiwan boleh dipupuk.
Kucing ni makhluk lemah yang manja.Janganlah dianiaya.Kalau tak suka sekalipun,jangan ditendang,ditampar,didera.
Jangan tunjuk kuat tapi sebenarnya dayus.

Even kepada anjing sekalipun,memang sebagai muslim kita ada batas dan syariat yang
mengehadkan kita dalam berurusan
dgn haiwan ni.Tapi ingat mereka pun makhluk Allah.
Kita takde hak untuk bertindak kejam ke atas mereka,apatah lagi mengancam nyawa
mereka sewenang-wenangnya.

Jadilah manusia yang penyayang kepada haiwan.Sebagaimana kita sayangkan pencipta dan sesama manusia yang lain...

Usah diperlekeh usaha org lain,sedangkan kita takde sumbangan sesen pun tapi sebenarnya
hanya membazir tenaga utk menyemai perasaan benci...

KATEGORI ENTRI

6 Perkara Boleh Buat Geram~ (1) Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan (1) Aku Sayang Semuanya~ (1) Angan-angan 2011 (1) Anuar Zain Afgan Ahmad Durrah (1) Anuar Zain~Sedetik Lebih (1) Apa Jawapannya ~ Vince Chong (1) Apalah Dayaku Ya Tuhan... (1) Asmara 2 (1) Awi Rafael-Pulanglah (Full BM) (1) Bazar Ramadhan KL (1) Berat Hati Menanggung~Perjalanan Menjadi Seorang Yang Lebih Matang (1) Bersabarlah...masih ada sinar di hujung jalan... (1) BERSAMAMU~hulurkan tangan ringankan beban (1) berubah~erry putra ft reen (1) Bila Rindu Bila Terasa Rindu? (1) C'Mon Lah...We Malaysian What. (1) Cerita Awal 2011 (1) Di Dalam Dilema (1) Diduakan Dirisik (1) Dunia Seni (27) Eason Chan oh Sam Lee Sheng Jie oh Bobby Au (1) Ernie Shahirah atau Ernie Shaheerah? Dua artis berbeza... (1) Few things happened in our life might let us fall aside... (1) Gadjet oh gadjet~ (1) Hantaran? (1) Hati Mengaduh~ (1) Hikayat Merong Mahawangsa-The Malay Chronicles~3 more days to go (1) Imbasan Kronologi Cinta~Vince Chong AF1 setelah setahun (190110-190111) (1) Impian Ke Cameron Highlands (1) Jangan Bilang Tidak~ (1) Kad Jemputan Kahwin~Walimatul Urus (1) Kata Hati (20) Kesakitan Ini Membelenggu (1) Kisah Zaman Kecik-kecik (1) Korean Autumn In My Heart (1) KRU (1) Kucing Di Mana-mana (1) Laksa: Between Food Poisoning And Addiction~ (1) Nasi Lemak (1) Need You Now~Lady Antebellum (1) nubhan~mata hati (1) Pahang Negeriku (1) Pam Tayar~get over my fearness (1) Pasar Malam Kuala Lumpur List (1) Petua Kurangkan Kentut Bisul Lebam Mata (1) Pssst~nak kongsi interest nehh... (1) Qua Anwary (2) Risaonye..... (1) Satay Station Kg Pandan (1) Saya Marah Tapi (1) Saya sukakan kedamaian~ (1) Saya Tahu Allah Sayang Saya (1) Sedetik Lebih English Version~The Memories Remain (1) Skoliosis (1) Sunburn (1) Terus bercinta (1) Teruskanlah by Agnes Monica (1) The Malay Chronicles: Bloodlines (Extended Trailer)-HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA (1) Tips Jimat Petrol Dan Diesel (1) Tips Panduan (9) Ulasan Pengalaman (10) Walk Away~ (1) Walking along the beach~fuhhh besh (1) Westlife (1) Westlife Asia Tour In Malaysia Review (1) WO BU PEI~I'm Not Worthy (Jay Chou) (1) Zzati-Cinta Hanya Padamu (Review Lyric) (1)