Khamis.21 June 2012.925pm
Masa KRU studios dok promote lagu ni kat fan page diorang,sy memang tak ambik kisah pada awalnya.Saya ingat,ni lagu baru style loncat2,hepy2,funky2,indie2...oppsss saya memang kurang layan indie.hehehe
Then sampai la saya asyik terdengar lagu ni kat radio tapi still tak dapat tangkap sapa yang nyanyi.First thought,saya kata macam suara Anggun.suara Anggun kan garau2 kasar sikit tapi sedappp.Bila hayati dalam sikit,ni suara lelaki.Tapi siapa?
Barulah saya tahu ni ciptaan sepenuhnya Edry KRU.patutlah sedap! Walaupun sebutan Aweera tu 20percent kurang clear,tp bila try dengar lirik betul2,haihh rasa macam zaman berpisah dulu.sy boleh sebak jadinya.
picture : credit to gua.com
Mojo ni superband bawah KRU yang dianggotai oleh Aweera (bekas finalis OIAM), Deny, Johar (drummer Tilu & Edry Abdul Halim (perlu ke nak kenalkan Edry lg...hehe)..Muzik Mojo berkonsepkan synth rock.
Apa yang saya paham,lagu ni mengisahkan tentang seorang lelaki yang dlm kesedihan yang amat sbb org yg amat dia syg dah tak ada.Bagi dia,kekasih dia tu hanyalah satu2nya...kalau ada yang cuba menapak kat hati dia pun,dia tetap rasa macam tak boleh nak terima.Kira macam berat utk lepaskan,sukar utk pulihkan balik semangat dia.Saya memang kagumi org yang setia.
Dalam VC Andai Ku Bercinta Lagi ni pun,Aweera (penyanyi dia sendiri) jadi main character.Dia meratap pemergian isterinya menghadap Yang Maha Esa.Bg saya,berpisah mati ketika kita masih saling syg amatlah mendera jiwa berbanding berpisah hidup.Sebab apa yang kita sayangkan tu dah disimpan selama-lamanya.Tak dapat dicari,tak dapat jumpa dah.Sedekah doa jelah yang termampu.Hargailah org yg sygkan anda ketika dia masih ada.Kalau dah hilang terus nanti,penyesalan dah tak memberi apa-apa makna.
Lirik yang paling saya suka dalam lagu ni adalah verse:
"Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?
Apa yang saya paham: Bagi lelaki tu,org yang dikasihinya tu dah memenuhi segenap ruang dalam hatinya tanpa ada ketirisan sedikit pun.Kalau ada orang baru hadir pun,ianya seperti sukar utk menembusi.Yang lama juga tetap di ingati...
Saya ada tunjukkan lagu ni kat bf saya,tapi katanya "apa lagu mengarut syg dengar ni?" hahaha...touching jap saya.Dia pun macam saya jugak kot...lambat nak suka sesuatu.Nanti berjangkitlah tu...
Kat bawah ni saya attached lirik ye...have fun!
Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga
Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini
Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?
Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda
Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh
Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih
Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati
p/s: sy tak jiwa kacau tau.saje melayan...;p
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga
Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini
Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?
Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda
Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh
Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih
Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati
p/s: sy tak jiwa kacau tau.saje melayan...;p