Khamis~17Mac2011~12.26tghri
Semalam mak bagitau, anak buah saya yang bongsu umur 16 tahun tu balik.Katenye balik berurut belakang.Tak sangka penyakit tu menurun kat dia.Ingatkan biasa je.
Setakat yang saya cari,penyakit ni dipanggil Skoliosis.Dulu kami perasan anak buah nombor dua umur 19 tahun tu,tulang belakang dia melengkung.Kalau dia berdiri betul pun,dia tetap nampak senget.Ini tak lucu ye.Saya selalu tergeleng kepala & termenangis tengok keadaan dia.Saya risau kalau dia sakit.Tak nak sape2 pun dalam famili saya yang sakit.
Masa wat checkup tahun lepas,katenye dah lebih 50% tulang dia bengkok tapi saya tak pasti dia sakit atau tak.Rasanya dia pernah cakap keadaan tu wat dia makin tak selesa.Arwah nenek saya pun alami benda yang sama tapi dia tak alami apa-apa kesakitan.Tapi sekiranya tak dirawat,bimbang nanti ianya akan menganggu fungsi jantung, paru-paru dan sistem pernafasan.
Mungkin tak lama lagi,anak buah saya ni akan jalani pembedahan untuk betulkan struktur tulang belakang dia.Saya pun masih samar-samar tentang keadaan dia skang.Hopefully dia selamat.Saya pasti belanja pembedahan tidaklah menjadi beban,yang penting dia sihat seperti orang lain.Kesian anak buah saya.
Cuma nasib adik dia je belum tahu lagi.Lebih elok dari sekarang kami cari cara untuk merawat adik supaya tak jadi macam kakak dia.Kesian mak abah dia.
Few weeks ago pun,anak buah saya yang sulung ni cedera mata sebab contact lens sampai kena admit masuk hospital & jumpa pakar.Pasni saya rasa,dia kena avoid pakai lens.Pakai spek jela,sebab dia ni kadang-kadang lupa yang dia dah terlalu lama pakai lens dalam sehari tuh.
Saya Alhamdulillah sihat.Cuma mak pernah perasan,dia kata saya punya backbone pun bengkok.Tapi serius,saya tak nak pikir.Trauma dibuatnya...
Anak-anak buah maksu,mungkin korang tak baca entri maksu ni.Tapi lepas nek cakap condition Kak Ngah semalam,maksu selalu terpikir & risau.Maksu sayang korang semua.Kita membesar bersama-sama.Tak da beza jaoh pun antara kita.
Jaga diri,jaga kesihatan semua.Belajar elok2,perjalanan hidup korang masih panjang.Jangan hampakan kami semua ye...
0 Respon Anda?:
Post a Comment