Isnin~25April2011~4.54ptg
1. Isi minyak pada awal pagi atau malam kerana minyak kurang termeluwap & berketumpatan rendah pada waktu ini.ELAKKAN mengisi minyak pada waktu bersuhu tinggi.
2. Gunakan gear yang betul.Penggunaan gear rendah untuk kelajuan tinggi akan menyebabkan kehilangan lebih 45% minyak.
3. Bawa kenderaan dengan kelajuan yang konsisten (steady) dan kurangkan penukaran gear.
4. Kurangkan perjalanan jarak dekat.
5. Tutup tingkap kereta semasa memandu untuk membantu penjimatan minyak sehingga 10%.
6. Pastikan tekanan tayar pada paras yang betul.Jangan terlalu banyak atau terlalu sedikit.
7. Elakkan memasang peralatan tambahan yang tidak aerodinamik seperti alat pengangkutan barang (storage compartment) di atas bumbung.
8. Buat pemeriksaan enjin dari semasa ke semasa.
9. Kawal kelajuan kenderaan kira-kira tidak melebihi 90kmj.Semakin laju kenderaan,semakin parak minyak anda.hehehe...semakin banyak bahan api digunakan.
10. Jangan membrek secara mengejut. Brek berlebihan atau kerap membrek menyebabkan bahan api hilang melalui pergeseran tenaga.
11. Pastikan kenderaan diselenggara dengan baik. Servis kenderaan mengikut jadual.
12. Periksa penapis udara & penapis minyak petrol (oil seal) dan tukar setiap 40 000km sekali.
13. Elakkan melalui kesesakan jalan raya dengan merancang perjalanan terlebih dahulu.
14. Matikan enjin kenderaan ketika sedang menunggu.
15. Guna tayar kereta yang low profile dan mempunyai special rubber compound (grip tinggi rintangan rendah)
16. Guna rim tayar biasa mengikut kesesuaian jenis kereta @ kenderaan. Penggunaan rim tayar yang lebih besar memberi tekanan kepada enjin.
17. Isi minyak secara perlahan.Menarik picu dengan perlahan supaya lebih banyak minyak yang masuk tangki.Jika terlalu cepat atau picu ditarik kuat,lebih banyak angin berbanding minyak yang akan keluar dari nozel.
18. Membuat isian semula minyak apabila paras minyak tidak kurang separuh tangki kenderaan.
19. Jangan membawa terlalu banyak barang.Apabila berat bertambah,bebanan pada enjin meningkat & penggunaan minyak turut bertambah.
20. Elakkan mengisi minyak ketika lori tangki sedang mengisi tangki di stesen minyak untuk mengelakkan kotoran di dalam tangki bercampur dengan minyak yang diisi disebabkan oleh tekanan pengeluaran yang kuat oleh lori semasa proses tersebut.
0 Respon Anda?:
Post a Comment