Jumaat~19 Ogos 2011~2.28ptg
Tengahari semalam saya teringin nak makan sambal sotong untuk sahur.tengok dlm paper murah la lak sotong ari ni.Runner g tesco jap nak cari sotong.Malangnyaaa....sampai Tesco sotong pun dah habes.Malang rasanya...
Lalu depan bakery Tesco yang kat belah barang basah tu memang menusuk hidung.aihhh~puasa ni puasa.Disebabkan sotong takde,saya sebat je udang dalam 15 ekor.So lepas berbuka semalam sy terus siapkan sambal udang...
Bahan-bahan:
1. Udang sederhana (15 ekor-saya tak buang kulit+cuma buang janggut)
2. cili kering (11 tangkai-rebus dulu then tos)
3. bawang merah (5 ulas)
4. bawang putih (2 ulas)
5. air asam jawa(4 sudu besar)
6. garam & gula secukup rasa.
7. kicap (optional kalau nak bg gelap sikit dlm setitik)
8. petai (optional.kalau ade,lg sedap..:p)
Cara-caranye ye:
1. tumis cili kering,bwg merah & bwg putih yg dah dikisar bersama sampai pecah minyak.
2. masukkan garam,gula,air asam jawa & kicap...kacau sikit.
3. pastu,masukkan udang.kalau kering,tambah air...
4. biar sampai udang empuk.agak2 5 minit.
5. Kalau saya,saya tengok kepala udang agak2 mcm nak tanggal,kira ok la pada saya.
6. Kalau nak sambal basah,bykkan air & jgn masak sampai kering.
7. Siap.
* takde gambar.hihihi
2 Respon Anda?:
Menarik tu.. Mane gambarnya makcik..
cik im: huhu tak ingat nk snap...;p
Post a Comment