Ahad~30Jan2011~8.21mlm
Lama rasanya saya berangan & mengimpikan untuk melaksanakan semua ni. Segala-galanya saya rancang dengan begitu teliti. Berminggu saya fikir bila masa yang tepat untuk saya bercuti. Dengan harapan dapatlah saya menghabiskan masa berkualiti dengannya.
Pada awalnya,kira-kira ingin ke tanah tinggi. Tapi memandangkan bajet tak begitu mengizinkan,saya redha. Lagipun,keluarga saya juga memerlukan saya. Lalu perancangan diubah,asalkan saya dapat menjalani detik-detik indah bersamanya sebelum saya pulang ke kampung halaman memandangkan selepas ini,dia akan lebih sibuk daripada biasa.
Setelah sekian lama dan hampir ke detiknya, saya dikejutkan dengan berita yang agak lemah kiranya untuk saya terima. Ya Allah..saya tak pertikaikan apa yang dikatakannya. Tapi demimu aku katakan, bagai berkecai jiwa ragaku. Tinggal satu harapan lagi saya pegang asalkan saya dapat menatap dia sepuas hati.
Selepas perbincangan, ternyata saya harus berdiri gagah selepas gagal dalam perhitungan hati kecilku. Mudah-mudahan dugaan kecil ini mampi saya harungi dengan lebih tabah. sayahormati segalanya. Takkan aku jejaskan perjalanannya semata-mata kehendakku. Biarlah keinginan yang ku bina sekian lama dengan penuh semangat ini,berlalu begitu saja.
Sungguh saya tak dapat tipu diri sendiri, sepedih mana pun hati ni akanku ubati sampai sembuh.
Aku tak nak menjadi penyebab kehidupannya tersekat. Mudah-mudahan dia menerima imbuhan dan kejayaan yang baik daripada pengorbanannya juga.
Tuhan, aku mungkin tidak mengerti apa yang terjadi. Kuatkanlah hati aku menerima qada' dan qadarmu. Serapi mana pun perjalanan hidup diatur, hanya engkau saja yang menentukan segalanya.
Dugaan bertimpa-timpa,saya pasrah. Inilah ujian menguatkan cintaku padaMu dan pada dia.
0 Respon Anda?:
Post a Comment