Salam. Sepanjang malam ni, Sha ngadap internet sambil ditemani lagu2 nyanyian Westlife yang dah tentunya menjadi kegilaan Sha sejak usia 10 tahun lagi. Dah 12 tahun lagu2 diorg jadi halwa telinga Sha. Sambil2 tu, Sha berbalas sms dgn si dia yang jauh di mata dekat di hati & juga sekali sekala jenguk facebook.
Terpandanglah status baru seseorang antara manusia yang Sha paling syg [dia seorang perempuan ye....heheh] yang bunyinya agak kecewa. Dalam kebelakangan ni pun Sha perhatikan mood dia tak menentu,mungkin jauh hati dengan kehidupan peribadinya yang agak bergelora. Sha cuba bertanya ape masalah dia,dia xnak cerita. Takpelah,mungkin die perlu waktu untuk menenangkan emosi. Sha harap dia tidak berada dalam situasi perpisahan, Sha xnak dia down. Sha paham perasaan dia. Sha nak dia tau,hidup ni masih panjang. Lepaskanlah kekecewaan tu sepuas2nya,jangan berpura-pura...lepas tu kembalilah seperti biasa.
Perjalanan Menjadi Seorang Yang Lebih Tabah...
1 :. Biarkan Orang Sekeliling Membantu
- Luahkanlah apa yang mencengkam jiwa. Jangan berdalih.
2 :. Dengar Nasihat Mereka
- Dengan meluahkan segala rasa di dada,mungkin dapat redakan sikit tekanan yang dialami.
- Lepas tu,dengar apa yang mereka nak kata. Ambil berat setiap nasihat mereka. Cuba fahami. Mereka mesti nak kita bangun semula kan?
3 :. Mintak Bantuan Apabila Perlu
- Sahabat yang ada di sekeliling sentiasa ada di samping saat suka dan duka kita. Usah ragu nak minta tolong, mereka pasti akan hulurkan.
4 :. Bukan Salah Kita~Nobody Is Perfect
- Jangan terus salahkan diri sendiri. Jika jelas segalanya terdapat beza yang ketara dan persefahaman yang semakin sukar dipupuk,mungkin berjauhan adalah jalan yang terbaik.
5 :. Biarkan Yang Sudah Jadi
- Kuatkan azam. Yang berlalu tidak dapat diubah,dah menjadi sejarah. Tumpukan kekuatan diri, cuba lupakan apa yang dah terjadi.
6 :. Maafkan Dia & Diri Kita
- Lepaskan dia pergi. Maafkan segala kesalahan dia, bila melepaskan bermakna kita tak lagi terikat dengan dirinya. Juga lupakan segala memori dan tindakannya yang melukakan hati kita. Usai semua dendam, jangan disimpan.
7 :. Percayalah, luka itu tak lama. Analisa setiap apa yang berlaku dan tanamkan dalam hati yang setiap yang terjadi ada hikmahnya. Jika betul2 redha, usahlah dikenang lagi. Mungkin sudah tertulis di azali, cinta itu bukan milik kita dan dia. Tapi untuk masa depan dan seseorang yang lebih berhak.
Apabila kita temuinya nanti, kita akan tahu yang alangkah bertuah kita diuji dengan ujian yang Maha Hebat ni. Sekurang-kurangnya, kita dapat merasa betapa manisnya kebahagiaan selepas perpisahan.
* Ramai orang pernah merasa kisah yang sama, begitu juga Sha. Tapi, tiada apa yang harus dikesalkan berpanjangan. Hidup perlu diteruskan. Insyaallah, kebahagiaan menanti.
0 Respon Anda?:
Post a Comment