Sabtu~29Jan2011~12.45tghri
Huuu~saya tak reti mendiamkan diri kat rumah memerap je.lempam badan dan minda. kalau bajet penuh,memang teringin nak pergi merata-rata. Berjalan tengok tempat orang,rehatkan fikiran selepas seminggu menghadap pc kat office.
Berjalan kat pesisir pantai adalah agenda yang tetiba menangkap otak saya untuk minggu ni sebelum bercuti umum. Kira dah masuk dalam wishlist,cuma tak senaraikan secara rasmi je.
Terbayang ketenangan dan kesyahduan menyusuri gigi air dengan ditemani desiran angin pantai.Ombak kecik menyapa tapak kaki.fuhhh~menung ke arah laut yang terbentang luas.
Rasanya macam nak pergi Bagan Lalang, Sepang. Tak pun Kuala Selangor or Jeram. Maybe keinginan nak ke Cameron tak tercapai due to lack of budget tu membuatkan perancangan tertukar lah sekali.
Tapi perancangan ni tersimpan dalam diam je. Tak berani nak suarakan. Kalau ada rezeki & masa (masa memang banyak),tapi peluang je kena cari, saya memang nak sangat. Dapat hirup udara Selat Melaka (ni je yang paling senang nak reach)...nak hirup udara Laut Cina Selatan lambat lagi. Sementara untuk redakan hati.
I wish to...i really do...
0 Respon Anda?:
Post a Comment