Jumaat~21Jan2011~1105mlm
Ke kiri,ke kanan. Semua arah ditala tanda tubuh tidak senang & tenang. Bukannya kelembutan sofa berwarna biru itu tidak memberikan keselesaan,tapi hati nurani menidakkannya. Sejak dua tiga hari yang lepas,perasaan gelisah tu semakin ketara. Apa yang sebenarnya bermain di fikiran sehinggakan senyuman yang terbit di bibir pun sekadar direka untuk memujuk hati. Bukannya semua yang dirasa dapat diluah.Sudah 3 malam tak dapat bertegur sapa seperti kebiasaan. Bagi pemilik hati itu,apabila hatinya berasa tidak keruan,apa yang dilakukan harus lebih kuat daripada biasa. Menyibukkan diri dengan kerja. Rasa tanda tanya dan ketidakpuasan hati diabaikan begitu demi mengelak daripada hati meraung lagi.
Walaubagaimanapun,dia harus pujuk hatinya supaya lebih banyak bersabar. Apa yang mencengkam jiwa sebenarnya? Mungkin inilah ujian & sedikit sebanyak tuntutan naluri yang terpaksa dikorbankan demi menghormati kehidupan dan urusan pihak yang satu lagi. Bersabarlah duhai hati. Ini hanya sekelumit dugaan yang harus ditempuh, tanda menguji seteguh mana cinta antara satu sama lain.
Hati kadangkala ada ketikanya berasa sedikit cemburu...tapi cuba dikalih dengan pujukan 'mungkin itu mungkin ini...'
Kadang-kadang terdetik terkilan apabila sapaan dipandang sepi.Terasa malu & mungkin juga rasa kehadiran tidak dialu-alukan.Lantas sebelum lebih banyak hati terguris,sapaan ditarik dari pandangan.Anggap saja tak pernah tertulis atau tersebut.Sekali lagi hati dipujuk 'oh xpelah...'
Rindu yang membungkam tak usah dikata. Sampaikan tak tahu nak diluah kepada siapa.Lebih gemar menuturkan kerinduan,kecintaan dan kasih sayang kepada yang punya,sebab itulah perasaan yang ada tak mampu untuk ditahan.Masih menunggu yang berhak untuk memunculkan diri.Rasanya hati tak mampu lagi menampung gelisah.Terdengar suara di hujung talian...lemah.Ya Allah...ampunkan hambamu ini jika aku tak mampu mengerti perasaan dan keadaan ciptaanmu.Luntur ego...membuahkan hasil yang agak melegakan.
Apalah daya...sebak di hati terasa begitu perit untuk ditanggung lagi.
Akhirnya...airmata luruh jua....
3 Respon Anda?:
err.. mane follower ko.. knp aku tak nampak??
nth...ak mane femes nk ad follower.
heee~
ad kt bwh tu...
'mekasih sudi ikut saya'
owh.. okehh.. aku da lame polow da upenye..
Post a Comment