Friday, April 29, 2011

Nubhan~Mata Hati (Lirik)

Jumaat~29April2011~6.22ptg

Selamat Hari Pekerja 1 May 2011 untuk semua pekerja2 kat Malaysia...:) Bestnye sebab tahun ni 1 May fall on sunday.so Isnin tu kira extend la.hehehe...dapat la lepak lame2
dengan mama.ngeee~

My boss lak g konsert Maroon 5 malam ni kat stadium putra.fuhhh~ni yang jeles.siap dia layang2 lagi tiket tu kat saya.dah la AIM,Shout Award & AJL saya melepas.takpe2,tahun ni saya nak make sure yang saya dapat g AIM...musti bestttt...


Eh ape topik dah lari ni...sebenarnya saya nak share lagu baru Nubhan.Tajuknya Mata Hati...lirik dia bagus.Sejak lagu Seadanya Aku saya minat Nubhan...suara dia sesuai dengan lagu yang slow.Suara husky dia memikat...:)


Telah ku kata cinta ini selamanya
Telah ku janji selalu di sisi
Walau apa terjadi tak ku mungkiri

Begini dekat begitu jauhnya
Dalam jangkauan namun tak tersentuh
Ku hanya ruang kosong
Oh di matamu yang makin suram
Pudar cahaya meremuk jantung ini

Pandanglah aku dengan mata hati
Ku rayu padamu peganglah ku biar ku rasa bernyawa
Ku ingin rasa ku masih bermakna

Telah ku hafal tiap garis di wajahmu
Telah ku kenal bahasa tubuhmu
Bertambah sukar lagi membiarkan kau resah begini
Kerana aku yang pernah kau kasihi

Pandanglah aku dengan mata hati
Ku rayu padamu peganglah ku biar ku rasa bernyawa
Ku ingin rasa ku masih bermakna

Perpisahan paling menyiksa
Ketika bahagia sedang di puncak tertinggi dalam kehidupan
Namun siapalah aku untuk merubah suratan
Bila masanya tiba

Pandanglah aku
Ku ingin rasa ku masih bermakna

Pandanglah aku dengan mata hati
Ku rayu padamu peganglah aku biar ku rasa bernyawa
Ku ingin rasa ku masih bermakna

Ku ingin rasa ku terus bernyawa
Telah ku kata cinta ini selamanya

Thursday, April 28, 2011

Awi Rafael-Pulanglah (Full BM)

Khamis~28April2011~3.33ptg

OK...mula2 saya dengar lagu ni saya tak berapa nak in sebab ade unsur2 indie.untuk info,saya kureng cket ngan indie (ampun maaf kepada penggemar indie ye)...tapi lame2 saya boleh jatuh hati lak sbb saya minat range suara camni lbih2 lagi part korus.

*ada gaya arwah Shamrin Fotograf kan?

Then sebab kedua saya saya kureng ngan lagu ni sebab dia ade 'rojak'...hehehe...kalau nak geram pun,saya pun pakai rojak gak.Tapi takpelah,Awi pun dah released versi full BM punye.ha yang ni saya paling suke...hehehe...

* Klik sini untuk Awi Rafael-Pulanglah (Rojak version)

Catchy!

Buka lah mata dan lihat di hadapanmu

Aku berdiri tegak tapi kau tak nampak

Hodohkah aku tuksering kau campak saja

Apanya yang dia ada yang aku tak ada

Mungkinkah aku yang tidak sekaya

Mungkinkah aku yang tidak bergaya

Haruskah aku pun tetap menantikanmu

Berikan jawapan

Pulanglah sebelumku berlari

Aku menanti kamu tiap hari

Aku menunggu dari Isnin Selasa di sini dan sana

Tak ingin tak perlu

Pulanglah sebelumku berlari

Aku menanti kamu tiap hari

Aku menunggu dari Isnin Selasa di sini dan sana

Tak ingin tak perlu aku dah bingung

Huuuuuu 2x

Aku berjalan di kota Kuala Lumpur

Semuanya nampak berbeza tapi ku sama

Mungkinkah aku yang tidak sekaya

Mungkinkah aku yang tidak bergaya

Haruskah aku pun tetap menantikanmu

Berikan jawapan

Pulanglah sebelumku berlari

Aku menanti kamu tiap hari

Aku menunggu dari Isnin Selasa di sini dan sana

Tak ingin tak perlu

Pulanglah sebelumku berlari

Aku menanti kamu tiap hari

Aku menunggu dari Isnin Selasa di sini dan sana

Tak ingin tak perlu aku dah bingung

Mungkinkah aku yang tidak sekaya

Mungkinkah aku yang tidak bergaya

Haruskah aku yang tetap menantikanmu

Berikan jawapan

Berlari

Aku menanti kamu tiap hari

Aku menunggu dari Isnin Selasa di sini dan sana

Tak ingin tak perlu

Pulanglah sebelumku berlari

Aku menanti kamu tiap hari

Aku menunggu dari Isnin Selasa di sini dan sana

Tak ingin tak perlu

Pulanglah sebelumku berlari

Aku menanti kamu tiap hari

Aku menunggu dari Isnin Selasa di sini dan sana

Tak ingin tak perlu aku dah bingung


Lagu/Lirik: Awi Rafael

Noh Phrofile Enterprise

Khamis~28April2011~3.01ptg

Alhamdulillah...sebenarnya gelisah sebab banyak benda akan revealed this week.tapi sabar...kena senyum~^^

Dan sangat best sebab dalam berminggu dok layan lagu ni kat radio & tak tau sape yang nyanyi,akhirnya hari ni saya dapat gak tahu siapakah gerangan yang nyanyi Cinta Hanya Padamu.

Lagu ni frequently air play kat muzikfm...suara dia ada kematangan.Sebenarnya saya kenal Zzati ni.Sejak zaman sekolah lagi.Kenal2 camtu jelah sebab lain sekolah tapi kawasan yg sama.Kalau weekend tu selalu jugak tengok dia nyanyi kat majlis org kahwin.

Tahniah Zzati...sebagai sokongan,saya review lagu ni.sangat smooth...secara peribadi,saya suka lagu ni before since I don't know who sing this.Good luck...

Cinta Hanya Padamu-Zzati Rashid

video

Lihatlah mata ini penuh cahaya cinta
Tidakkah engkau memahami
Aku cinta padamu
Dengarlah nafas ini sarat hembusan rindu
Bagaikan bayu yang berlagu
Nada cintaku kepadamu

Hati ini hanya milikmu
Hati ini tiada curiga
Ku berjanji kekasih
Aku hanyalah untukmu

Detik indah milik berdua
Detik indah menguntum asmara
Kau bermakna kau bertakhta
Jujur aku lafazkan...sayang...
Cinta padamu...

Lihatlah mata ini penuh cahaya cinta
Tidakkah engkau memahami
Aku cinta padamu
Dan malam yang berbisik
Ada rembulan mesra
Semua bagai memberikan
Anggun senyuman untuk kita

Hati ini hanya milikmu
Hati ini tiada curiga
Ku berjanji kekasih
Aku hanyalah untukmu

Detik indah milik berdua
Detik indah menguntum asmara
Kau bermakna kau bertakhta
Jujur aku lafazkan...sayang...

Sayang tetap sayang (3x)
Sayang...

Hati ini hanya milikmu
Hati ini tiada curiga
Ku berjanji kekasih
Aku hanyalah untukmu

Detik indah oh milik berdua
Detik indah menguntum asmara
Kau bermakna kau bertakhta
Jujur aku lafazkan...sayang...
Ohh...Jujur aku lafazkan...sayang...

Lagu: Lan Laga (Music Valley Publishing Sdn Bhd)
Lirik: Ahmad Fedtri Yahya (Music Valley Publishing Sdn Bhd
Terbitan: MVM Production Sdn Bhd

Monday, April 25, 2011

Tips Jimat Petrol Dan Diesel

Isnin~25April2011~4.54ptg

1. Isi minyak pada awal pagi atau malam kerana minyak kurang termeluwap & berketumpatan rendah pada waktu ini.ELAKKAN mengisi minyak pada waktu bersuhu tinggi.

2. Gunakan gear yang betul.Penggunaan gear rendah untuk kelajuan tinggi akan menyebabkan kehilangan lebih 45% minyak.

3. Bawa kenderaan dengan kelajuan yang konsisten (steady) dan kurangkan penukaran gear.

4. Kurangkan perjalanan jarak dekat.

5. Tutup tingkap kereta semasa memandu untuk membantu penjimatan minyak sehingga 10%.

6. Pastikan tekanan tayar pada paras yang betul.Jangan terlalu banyak atau terlalu sedikit.

7. Elakkan memasang peralatan tambahan yang tidak aerodinamik seperti alat pengangkutan barang (storage compartment) di atas bumbung.

8. Buat pemeriksaan enjin dari semasa ke semasa.

9. Kawal kelajuan kenderaan kira-kira tidak melebihi 90kmj.Semakin laju kenderaan,semakin parak minyak anda.hehehe...semakin banyak bahan api digunakan.

10. Jangan membrek secara mengejut. Brek berlebihan atau kerap membrek menyebabkan bahan api hilang melalui pergeseran tenaga.

11. Pastikan kenderaan diselenggara dengan baik. Servis kenderaan mengikut jadual.

12. Periksa penapis udara & penapis minyak petrol (oil seal) dan tukar setiap 40 000km sekali.

13. Elakkan melalui kesesakan jalan raya dengan merancang perjalanan terlebih dahulu.

14. Matikan enjin kenderaan ketika sedang menunggu.

15. Guna tayar kereta yang low profile dan mempunyai special rubber compound (grip tinggi rintangan rendah)

16. Guna rim tayar biasa mengikut kesesuaian jenis kereta @ kenderaan. Penggunaan rim tayar yang lebih besar memberi tekanan kepada enjin.

17. Isi minyak secara perlahan.Menarik picu dengan perlahan supaya lebih banyak minyak yang masuk tangki.Jika terlalu cepat atau picu ditarik kuat,lebih banyak angin berbanding minyak yang akan keluar dari nozel.

18. Membuat isian semula minyak apabila paras minyak tidak kurang separuh tangki kenderaan.

19. Jangan membawa terlalu banyak barang.Apabila berat bertambah,bebanan pada enjin meningkat & penggunaan minyak turut bertambah.

20. Elakkan mengisi minyak ketika lori tangki sedang mengisi tangki di stesen minyak untuk mengelakkan kotoran di dalam tangki bercampur dengan minyak yang diisi disebabkan oleh tekanan pengeluaran yang kuat oleh lori semasa proses tersebut.


Pernahkah kau bicara
Tapi tak di dengar
Tak di anggap
Sama sekali

Pernahkan kau tak salah
Tapi disalahkan
Tak di beri
Kesempatan

Kuhidup dengan siapa
Ku tak tau kau siapa
Kau kekasihku tapi
Orang lain bagiku

Kau dengan dirimu saja
Kau dengan duniamu saja
Teruskan lah.. Teruskan lah
Kau begitu

Kau tak butuh diriku
Aku patung bagimu
Cinta bukan
Kebutuhanmu...

~i get weak inside out~


Tuesday, April 19, 2011

Kisah Zaman Kecik-kecik

Selasa~19April2011~3.15ptg

Tadi saya lawat ada satu blog akak ni cerita pasal beg barbie anak dia yang dia tukarkan jadi beg ana solehah.bagus cara akak tu...asuh anak menjadikan watak kartun muslimah utk anak dia sebagai kegemaran & contoh.

Okayh~tu cerita akak tu.Ni cerita saya.Saya teringat masa kecik dulu,saya tak pernah dibelikan anak patung even anak patung beruang.Ayah saya larang keras.Tapi masa umur 1 tahun setengah,saya dapat sebijik anak patung beruang warna coklat gelap.Tu pun kak long saya belikan.Macam mana saya tahu saya dapat anak patung tu? Saya tengok gambar...hehehe...saya kan kecik sangat lagi.Mane nak ingat...bila dah agak besar,anak patung saya tu diambil pulak oleh anak bongsu kak long saya...tapi yang sedihnya,dia pulas tengkuk bear saya tu.Walau dijahit semula,dah tak sama.Saya pun dah tak ingat pasal bear saya...

(Beg gambar kartun manusia pun abah takkan belikan...baju cmtu pun takkan.Cuma pernah mak saya belikan tshirt gambar Shah Rukh Khan & Amisha Patel sbb saya minat gila dgn SRK.Tapi skrg malu ada baju tu...haha)

Zaman saya dulu takde barbie2 ni.Maksud saya,dalam alam kanak-kanak saya (kat seluruh dunia dah ada).Anak patung seakan-akan barbie ada la.Kawan-kawan sekeliling rumah saya semua ada anak patung 'barbie' tu.Saya je takde.Ayah saya taknak belikan.tapi saya teringin nak join kawan2 saya bermain.Last2,mak saya buatkan anak patung guna kain lampin.Kinda toy la gak kan? Pandai mak buat.Saya suka sangat.Tapi bila saya join kawan2 saya,diorg reject sebab anak patung saya tak rupa orang...sedih saya.Saya akur jela...

Yang saya ingat,mak saya belikan saya kereta bomba & senapang mainan.Alat mainan utk boys kan? Sebab tu zaman kanak2 saya,saya agak tough & degil.Best...hari2 saya menembak dengan senapang tu.Set alat masak mainan pun saya takde.Pelik.Tapi sekarang,kereta bomba & senapang tu dah takde.Mak saya kate,mungkin dah jadi milik orang lain.Ntah la...terkilan jugak sebab kenangan dah takde.

Masa saya darjah dua tak silap,saya suka sangat pergi rumah jiran sebelah main game TV.ala mcm PS2 tu...tapi memang tak secanggih PS2 pn,jauh beza.TV game ni pakai tape kecik,PS2 pakai disc.Hari2 saya dok ulang rumah jiran.Mesti diorg fedup...hehehe...asik2 muka saya.Agaknya ayah saya pun kesian kat saya,dia belikan saya satu set game TV tu.wahhhh best gila.Saya main sampai lebam.Ayah saya pun join sekali main game tembak itik.Dia master game tu.Sebab ayah bekas rela.Setakat tembak itik dalam TV,kacang hijau je katenye.Saya kalah dgn ayah...bidik tak kena.heh...Tapi dalam game lain mcm super mario,bomberman,contra,combat & satu game lumba keta tu,saya lah yang sifu kannn...hehehe...

Macam main contra,watak tu kena lompat2 guling2 tembak2...sambil tekan joystick,sambil tu lah badan saya ikut tarik.Then..dang! motherbox dia terhempas atas lantai..pucat muka saya takut ayah marah.Kadang2 dapat gak segaris hanger atas belakang sebab main ganas.heheh...

Sampai skrg saya masih simpan game TV tu...saya rasa still boleh pakai.Cuma joystick belah kanan (1st player) je yang tak brape ok...rindunya nak kembali zaman kecik2....Kak Ngah saya kata,dia pun teringin nak menyentap ngan game TV tu...takpelah,nanti ade rezeki saya mintak technician baiki joystick saya.Untung2 abah dapat tembak itik wat kari lg...:P

Sekarang,saya pun dah besar (umur la).Badan still comel cam dulu2.Saya dapat la rasa kegembiraan orang lain yang ada teddy bear besar gedabak walaupun saya cuma ada teddy biru y cume panjang 15cm & teddy coklat mase tukar2 hadiah ngn ofismet pun 15cm.Tu pun saya seronok betul.

sehingga kini saya masih memeluk bantal busuk berbentuk botol susu warna pink gelap yang memang dah 'gelap' buat teman tidur saya...mak saya nak basuh tapi saya tak bagi....hehehe...:)

"Tiada ape nak dikesalkan jika tak dapat memiliki sesuatu pada mulanya kerana insyaallah kemudian hari nanti akan ada sesuatu yang lebih baik menanti kita.."

Wednesday, April 13, 2011

Saya Tahu Allah Sayang Saya~

Rabu~13April2011~5.15ptg


Mulanya hanya rasa terkejut yang amat sangat dan kebingungan.Saya tidak menangis mahupun sedih yang amat sangat.Cuma my heart stops pumping for few seconds.Ya,ini normal.Apabila saya rasa saya menggigil,saya dapatkan kepastian.

Tidak pula saya bertindak melenting kerana bagi saya kewarasan & kematangan boleh dipupuk.

Saya tak nafikan negatif sentiasa menyusup masuk.Lailahaillallah...saya tak mau dihasut dengan perasaan yang bukan2.Saya letakkan kepercayaan & hikmah sentiasa ada pada setiap dugaan yang melanda saya.

Saya yakin semua yang terjadi kerana Allah sedang menguji kesabaran & keimanan saya...Allah sayangkan saya...

Wednesday, April 6, 2011

Dulu & Sekarang...Menyesal!

Rabu~6April2011~11.59pg


Okayh.saya memang penunggang motor yang wajib & tegar.dan saya gemar menunggang cam male rider.heh sebab? Saya tak suka dibuli atas jalan raya.Peduli ape kan?

Heh bukan benda ni yang saya nak cakap tapi pasal kaki & tangan saya.Sejak dua menjak ni,kaki & tangan saya dah makin GELAP.Saya rasa jadi cmni since saya direct ride dari selayang ke jalan tun razak pukul 1230 tghri (tghri buta panas nak matiiiii).

Asalnya saya memang jenis kulit tak berapa nak cerah tapi disebabkan selalu ride,kulit saya dah tukar tone.kalau sekata tak ape,ni berbelang.kat tangan kiri saya ni dah ade line kat wrist sebab saya suka sinsing lengan sweater.

kaki saya pun dah kering & gelap.malu kat mr boyfiee saya sebab kulit dia cerah,halus & lembab.heh ape punya pompuan la bab2 pnjagaan diri pun failed.

So skrang ni saya tengah mencari product yang betul2 ok (murah pun takpe) untuk atasi masalah saya ni.

Saya nak pakai sunblock tapi mahal sangat.So semalam saya beli lotion Garnier je.ada UVA/UVB filter.harap2 dapat tlg kurangkan masalah saya ni.

Then untuk krim pelembab lak saya tak tahu nak pakai ape.Saya jenis cepat boring nak pakai krim bagai (skrg dah ade masalah baru la terhegeh2 cari)...

Apa yang saya perlu:
-Lulur @ skrub mandi yang leh tanggal sel2 kulit mati & atasi masalah kekusaman
-krim kaki (untuk lembabkan kaki)

But what brand? I'm soooo stupid in this beauty solution...

Tuesday, April 5, 2011

Kesakitan Ini Membelenggu!

Selasa~5April2011~5.54ptg


Mula-mula rase biase je tapi lame2 cam makin mencengkam lak sakit ni.
Tahan jela dengan penuh kesabaran.

Cerita hal sebenar? Oh tidak...

Friday, April 1, 2011

Aku Sayang Semuanya~

Tak terniat melukakan hati sesiapa tapi mungkin cara penyampaian tidak sempurna,terlalu mengikut rasa hati.


Bukan niat untuk memaksa,cuma perlukan kepastian.

Setelah berbincang & mengalami saat-saat tegang,terasa kerdil & jauhnya diri dari kesempurnaan.

Banyak kesilapan & kemaafan yang aku ulang.Benar katanya,dah banyak kali aku ulang benda yang sama.Tapi aku masih tak berubah.

Semua kata-katanya ada kebenaran.Aku terasa sangat tak layak berdiri.

Semoga dia berjaya & mendapat apa yang dihajatkan demi masa depannya.

"DIA yang mengetahui yang tersirat di hati,biarpun tidak dengan kata-kata.DIA yang mengetahui mengapa ku begini,biarlah jauh dari pandanganmu.Hakikat sebenarnya ku berjauh hati"

KATEGORI ENTRI

6 Perkara Boleh Buat Geram~ (1) Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan (1) Aku Sayang Semuanya~ (1) Angan-angan 2011 (1) Anuar Zain Afgan Ahmad Durrah (1) Anuar Zain~Sedetik Lebih (1) Apa Jawapannya ~ Vince Chong (1) Apalah Dayaku Ya Tuhan... (1) Awi Rafael-Pulanglah (Full BM) (1) Bazar Ramadhan KL (1) Berat Hati Menanggung~Perjalanan Menjadi Seorang Yang Lebih Matang (1) Bersabarlah...masih ada sinar di hujung jalan... (1) BERSAMAMU~hulurkan tangan ringankan beban (1) berubah~erry putra ft reen (1) Bila Rindu Bila Terasa Rindu? (1) C'Mon Lah...We Malaysian What. (1) Cerita Awal 2011 (1) Di Dalam Dilema (1) Diduakan Dirisik (1) Dunia Seni (26) Eason Chan oh Sam Lee Sheng Jie oh Bobby Au (1) Ernie Shahirah atau Ernie Shaheerah? Dua artis berbeza... (1) Few things happened in our life might let us fall aside... (1) Gadjet oh gadjet~ (1) Hantaran? (1) Hati Mengaduh~ (1) Hikayat Merong Mahawangsa-The Malay Chronicles~3 more days to go (1) Imbasan Kronologi Cinta~Vince Chong AF1 setelah setahun (190110-190111) (1) Impian Ke Cameron Highlands (1) Jangan Bilang Tidak~ (1) Kad Jemputan Kahwin~Walimatul Urus (1) Kata Hati (20) Kesakitan Ini Membelenggu (1) Kisah Zaman Kecik-kecik (1) Korean Autumn In My Heart (1) KRU (1) Kucing Di Mana-mana (1) Laksa: Between Food Poisoning And Addiction~ (1) Nasi Lemak (1) Need You Now~Lady Antebellum (1) nubhan~mata hati (1) Pahang Negeriku (1) Pam Tayar~get over my fearness (1) Pasar Malam Kuala Lumpur List (1) Petua Kurangkan Kentut Bisul Lebam Mata (1) Pssst~nak kongsi interest nehh... (1) Qua Anwary (2) Risaonye..... (1) Satay Station Kg Pandan (1) Saya Marah Tapi (1) Saya sukakan kedamaian~ (1) Saya Tahu Allah Sayang Saya (1) Sedetik Lebih English Version~The Memories Remain (1) Skoliosis (1) Sunburn (1) Terus bercinta (1) Teruskanlah by Agnes Monica (1) The Malay Chronicles: Bloodlines (Extended Trailer)-HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA (1) Tips Jimat Petrol Dan Diesel (1) Tips Panduan (9) Ulasan Pengalaman (10) Walk Away~ (1) Walking along the beach~fuhhh besh (1) Westlife (1) Westlife Asia Tour In Malaysia Review (1) WO BU PEI~I'm Not Worthy (Jay Chou) (1) Zzati-Cinta Hanya Padamu (Review Lyric) (1)