Selasa 8.42 pm.30 Oktober 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca...dah lama betul saya tak update sebarang entry.benda tangguh-tangguh ni la jadinya...masa ada idea,saya keberatan nak menulis.bila mood dah mari,idea pulak blow away...hehehe

Oklah...berdasarkan title kat atas,al-kisahnya saya ni kali pertama nak apply passport utk ke luar negara.first time ni first time...nervous saya jadinya.fikir apa perlu buat,prosedurnya mcm mana.sebenarnya,prosedur memohon passport ni mudah saja.ianya seperti kita berurusan dengan JPN juga.cuma saya gugup sebab melibatkan dokumen yang amat penting sebab saya akan ke negara lain.tak sama perasaannya masa mohon IC dulu.haha apalah...dalam gugup pun saya excited.

Saya mohon passport ni di pejabat passport malaysia di Presint 14 Putrajaya.dalam alamat website imigresen kata presint 15 tapi dlm passport presint 14.ahh hentam sajalahhh...yang penting kalau anda nak search,search Jalan Diplomatik 2/2 Putrajaya.pejabat passport ni dalam bangunan Chancery Blok A.bagi yang pertama kali datang ataupun baru tahu tentang pejabat passport ni,ia baru saja dicawangkan dari ibu pejabatnya di Presint 2.maknanya,pejabat imigresen presint 2 masih ada,cuma untuk urusan passport,anda datang terus ke Presint 14.

Boleh je kalau nak buat kat pejabat imigresen wangsa maju & jalan duta.tapi saya anggap pejabat tengah bandar ni sesak ngan pelanggan.tu yang saya merayau jauh sampai putrajaya.takpelah,alang-alang saya boleh round2 putrajaya ye tak...

Saya dari KL pagi tadi dalam pukul 8 pagi (ambil cuti sehari bimbang lambat siap).sangkut jammed lagi kat Jalan Gombak-Jalan Pahang-Jalan Tun Razak dah amik masa lebih kurang 15 minit.saya masuk MEX hiway sebab tak guna MRR2.lagi haru kalau jammed.kena tol kat Salak Selatan RM 1.50 dan Putrajaya Link RM 2.50...saya ingatkan satu tol je...okay...bayar jelah.then saya terus ke Presint 14...dalam pukul 9 saya sampai kawasan Presint 14 (Presint Diplomatik) tapi malang lagi saya berpusing2 tak jumpa jalan dan keliru jalan putrajaya.dua kali pusing Presint Diplomatik,akhirnya jumpalah parking yang agak jauh dari pejabat passport.parking tepi jalan lain dah penuh oiii...(anda juga boleh parking bawah tanah di bawah bangunan chancery (pejabat passport).kata sorang kakak yang sama memohon tadi,parking bawah blok tu free of charge.tapi kalau anda parking rm0.50 pun anda tak rugi.cuma panassss ajelahhh...haha

Berbekalkan RM 0.50 yang kebetulan ada,saya parking kereta untuk sejam pertama.Pada sangkaan saya,org tak ramai sebab hari bekerja.sesampai je di pejabat passport, fuhhhh long queue haaaaa....nombor semasa yang tertera 1042 dan nombor giliran yang saya dapat 1162.ramainya manusiaaaa...untung rakyat malaysia,kita ni senang dah sebenarnya..boleh terbang sana sini.now everyone can fly katenya...hehehe

Prosedur memohon ni agak mudah...saya ingat cerewet sangat tapi okay la,takde banyak hassles.Apa yang saya nak ceritakan ni adalah berdasarkan pengalaman dan situasi saya sebagai new applicant ataupun pemohon baru.Setakat hari ni,prosedurnya adalah seperti di bawah....( kalau lain semasa anda apply,ampunkn la saya ye...hehehe)

1.  Tempat pertama yang saya tuju adalah KAUNTER NOMBOR GILIRAN.Saya dapat angka giliran pada jam 9.30 pagi...layanan petugas kaunter sangat memuaskan...anda nyatakan apa urusan anda (permohonan baru atau pembaharuan)...beliau akan memberi anda nombor giliran berdasarkan urusan anda.Sebelum itu,sediakan dokumen yang perlu untuk urusan anda.

-Contoh: jika anda memohon passport buat kali pertama,bawa IC asal,gambar ukuran passport sekeping dan salinan IC.jika ada yang terkurang,petugas kaunter akan advice anda apa yang perlu.macam saya tadi,saya tak bawak salinan IC.jadi beliau mengatakan saya boleh fotostat IC saya di sebuah kedai kecil berhampiran main entrance.jika anda masuk pintu masuk utama bangunan chancery blok A,kedai kecil itu di sebelah kiri.ianya satu pintu dengan kiosk pembaharuan passport (kalau tak silap saya)...bayaran yang dikenakan untuk salinan IC depan belakang adalah sebanyak 20 sen.kat situ pun ada jual air dan makanan ringan.haaa ini sangat convenient sebab masa saya sampai tadi tersangatlah haus...lega ada air kat situ...hehhehe

-Selepas ambik nombor giliran,saya terus buat salinan IC.kemudian saya kembali semula ke pejabat passport.

2. Memandangkan pelanggan yang ramai (penuh kerusi hall), saya jangkakan saya akan mendapat giliran sebelum waktu makan tengah hari.Saya sempat alihkan kereta saya ke parking yang lebih dekat dengan pejabat passport.haaaa...jarak masa tu menguji kesabaran sebenarnya...aha.buat-buat cool jelah,nak buat macam mana.lambat bukan kerana petugas tapi pelanggan yang ramai.kalau sorang amik masa 10 minit, 100 orang? Belum kira urusan yang berbeza.kan kan kan? Sambil menunggu tu sempatlah layan Marimar kat TV dulu.hahaha...hati-hati,jangan sampai terleka.saya pun hampir terbabas nombor tadi....hehehee

3. Saya dapat giliran saya pada jam 1235 tengah hari.Itupun dah skipped banyak nombor (ada pelanggan yang dah balik kot). Saya menuju ke KAUNTER PERMOHONAN berdasarkan nombor dan kaunter yang saya perlu berurusan.saya serahkan IC, salinan IC dan sekeping gambar berukuran passport.kalau dulu,kena dua keping kan? tapi setakat hari ini,hanya perlu sekeping sahaja.saya tak isi sebarang borang.petugas kaunter hanya bertanyakan ketinggian badan, nombor telefon,status perkahwinan dan alamat yang ingin kita gunakan.kemudian beliau akan meminta kita buat finger print.tak sampai 5 minit,urusan saya di kaunter tu siap.saya diminta menunggu untuk dipanggil membuat pembayaran.IC asal akan hold sementara dan kita akan collect semula di kaunter pembayaran.

4. Pukul 1252,nombor saya dipanggil ke kaunter 6 iaitu KAUNTER PEMBAYARAN.oleh sebab saya memohon passport untuk 2 tahun,jadinya saya perlu membayar RM100.kalau 5 tahun,RM 300.takpelah,saya bukannya selalu pergi oversea pun...silap2 2-3 page je yang terpakai...hehehe
Selepas pembayaran dibuat,saya diberi resit dan passport boleh diambil selepas satu jam.waktu yang tertera di resit sewaktu membuat pembayaran adalah 12.54 tengah hari.Saya pun dah rasa lapar,sementara menunggu siap bolehlah saya isi perut dulu di restoran berdekatan.

5. Dalam pukul 2 petang,saya kembali ke pejabat passport.menurut petugas kaunter pembayaran,nombor giliran saya akan dipanggil sama ada ke kaunter 7 atau 8 iaitu KAUNTER SERAHAN untuk mengambil passport yang sudah siap.saya tengok nombor giliran yang tertera menunjukkan nombor semasa sudah sampai 119+.saya tertanya-tanya dalam hati sama ada saya sudah terlepas giliran ke? Setelah 20 minit berteka-teki sendiri,saya pergi sendiri ke kaunter serahan untuk bertanya.haaa kan betul nombor giliran saya dah terlepas! maknanya passport saya dah siap kurang dari sejam! haha padan muka saya kan...
kat kaunter serahan,saya kena tandatangan satu borang penerimaan dan meneliti isi kandungan muka surat maklumat pemegang passport sebelum menurunkan tandatangan.lepas tu,passport antarabangsa itu dengan rasminya menjadi milik saya.hehehehe

*kiranya,untuk pemohon baru anda berurusan dengan 4 kaunter (NO.GILIRAN, PERMOHONAN, PEMBAYARAN & SERAHAN)...kalau untuk renew,tak pasti pulak saya.sama je kot...

*bagi applicant sabahan & sarawakian,ada satu bilik kaunter khas untuk anda sebaris dengan bilik kaunter untuk semenanjung.untungnya,kaunter tu sangatlah lengang dan tak payah tunggu lama-lama...:)))

*sebelum masuk ambil nombor,anda boleh baca info di pintu masuk pejabat.ia boleh menjadi panduan untuk anda.

*khidmat fotografi gambar berukuran passport juga boleh didapati di kedai kecik yang saya katakan seperti kat atas...(fotostat & kiosk pembaharuan)

*saya rasa better datang pagi ambil nombor dulu sebelum tengah hari.takut orang ramai sgt,bimbang kaunter ambil nombor giliran tutup untuk mengehadkan jumlah pelanggan (untuk clearkan urusan pelanggan terdahulu)...masa tengah hari tadi,kaunter nombor tutup dalam setengah jam...sediakan payung sebelum hujan kan?

*okay...saya tak ada ambil sbrg gambar pun nak attached kat sini.penat ngan panas sampai lupa nak snap picture.hopefully entry ni ada input untuk rujukan santai anda...:))

*kalau ada salah atau kurang dgn input saya,tegur2 la ye...hehe

Goodnite,dah penat...zzzzzz O.o















Wednesday, July 11, 2012

No Plat Kenderaan & Negerinya

11 Julai 2012~Rabu~7.05pm


Salam & selamat sejahtera. Kali ni saya terdetik pulak nak berkongsi pasal nombor plat kenderaan kat Malaysia ni dan mewakili negeri mana.Haaaa....saya pasti tak semua tahu kan? Almaklumlah...negeri ada berbelas...negeri sebelah pun tak berapa nak ingat ye x? 

A-Perak
B-Selangor
C-Pahang
D-Kelantan
E- Sabah-Sebelum tahun 1980-an
EJ: Jesselton (Sekarang Kota Kinabalu sejak 1968)
ES: Sandakan
ET: Tawau
ED: Lahad Datu
EU: Keningau
EK: Kudat
EL: Labuan

F-NIL
G1M-No Plat Khas Gagasan 1 Malaysia
H-Teksi Lembah Klang
I-NIL
J-Johor
K-Kedah
KV-Langkawi
L-Labuan
M-Melaka
N-Negeri Sembilan
O-NIL
P-Pulau Pinang
Q-Sarawak
QA dan QK: Kuching
QB: Sri Aman
QC: Samarahan
QL: Limbang
QM: Miri
QP: Kapit
QR: Sarikei
QS: Sibu
QT: Bintulu

R-Perlis
S-Sabah (sekarang)
SA: Kota Kinabalu
SB: Beaufort
SD: Lahad Datu
SK: Kudat
SS: Sandakan
ST: Tawau
SU: Keningau

T-Terengganu
U-NIL
V-NIL
W-Kuala Lumpur
X-NIL
Y-NIL
Z- Tentera
Z: Pemerintah Tertinggi Tentera Malaysia
ZA ke ZD: Tentera
ZL: Tentera Laut Malaysia
ZU: Tentera Udara Malaysia
ZZ: Kegunaan staf Kementerian Pertahanan Malaysia
JMF: Askar Timbalan Setia Negeri Johor

...
*Selain tu ada jugak no pendaftaran khas seperti Proton, Perodua, Putrajaya...:p

Khamis.21 June 2012.925pm

Masa KRU studios dok promote lagu ni kat fan page diorang,sy memang tak ambik kisah pada awalnya.Saya ingat,ni lagu baru style  loncat2,hepy2,funky2,indie2...oppsss saya memang kurang layan indie.hehehe

Then sampai la saya asyik terdengar lagu ni kat radio tapi still tak dapat tangkap sapa yang nyanyi.First thought,saya kata macam suara Anggun.suara Anggun kan garau2 kasar sikit tapi sedappp.Bila hayati dalam sikit,ni suara lelaki.Tapi siapa?

Barulah saya tahu ni ciptaan sepenuhnya Edry KRU.patutlah sedap! Walaupun sebutan Aweera tu 20percent kurang clear,tp bila try dengar lirik betul2,haihh rasa macam zaman berpisah dulu.sy boleh sebak jadinya.

picture : credit to gua.com

Mojo ni superband bawah KRU yang dianggotai oleh Aweera (bekas finalis OIAM), Deny, Johar (drummer Tilu & Edry Abdul Halim (perlu ke nak kenalkan Edry lg...hehe)..Muzik Mojo berkonsepkan synth rock.

Apa yang saya paham,lagu ni mengisahkan tentang seorang lelaki yang dlm kesedihan yang amat sbb org yg amat dia syg dah tak ada.Bagi dia,kekasih dia tu hanyalah satu2nya...kalau ada yang cuba menapak kat hati dia pun,dia tetap rasa macam tak boleh nak terima.Kira macam berat utk lepaskan,sukar utk pulihkan balik semangat dia.Saya memang kagumi org yang setia.

Dalam VC Andai Ku Bercinta Lagi ni pun,Aweera (penyanyi dia sendiri) jadi main character.Dia meratap pemergian isterinya menghadap Yang Maha Esa.Bg saya,berpisah mati ketika kita masih saling syg amatlah mendera jiwa berbanding berpisah hidup.Sebab apa yang kita sayangkan tu dah disimpan selama-lamanya.Tak dapat dicari,tak dapat jumpa dah.Sedekah doa jelah yang termampu.Hargailah org yg sygkan anda ketika dia masih ada.Kalau dah hilang terus nanti,penyesalan dah tak memberi apa-apa makna.

Lirik yang paling saya suka dalam lagu ni adalah verse: 
"Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?


Apa yang saya paham: Bagi lelaki tu,org yang dikasihinya tu dah memenuhi segenap ruang dalam hatinya tanpa ada ketirisan sedikit pun.Kalau ada orang baru hadir pun,ianya seperti sukar utk menembusi.Yang lama juga tetap di ingati...

Saya ada tunjukkan lagu ni kat bf saya,tapi katanya "apa lagu mengarut syg dengar ni?" hahaha...touching jap saya.Dia pun macam saya jugak kot...lambat nak suka sesuatu.Nanti berjangkitlah tu...

Kat bawah ni saya attached lirik ye...have fun!



Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati




p/s: sy tak jiwa kacau tau.saje melayan...;p

Sabtu~19 May 2012~

Salam. Heyyyoooo~lama nau rasenye xupdate blog SS ni.huuu takde mood kot sejak keje stress stress stress...

Utk tak menambah habuk kat blog ni lagi,sy just nk jot down few words jelah.xpayah la nak panjang2 kot.hehehe...just nak kongsi resipi menjadi hari ni,hihi ade org puji sedap...;p Terjadinya resipi simple ni sebab cili kering takde.So saya gantikan dengan lada merah yang besar tu...:)

Ayam Masak Merah simple simple saje style saye...

Bahan-bahan:
-Ayam (5-6 ketul)
-setengah labu bawang merah (hiris)
-3 ulas bawang putih yg besar (hiris)
-sebijik lada besar.saya guna ni bila cili kering takde (kisar)
-setengah biji tomato (kisar sama lada besar)
-2 sudu besar air asam jawa
-sebatang serai (titik)
-5 sudu besar sos tomato
-3 sudu besar sos cili
-1/2 sudu besar gula
-sedikit knorr pasti sedap.tumix pun boleh.tak gune pun takpe...;p
-garam sikit.
-kulit kayu manis.
-kicap setitik dua.

Caranya:
-Gaul ayam dengan garam kunyit then goreng setengah masak.biar rase manis die xhilang ditelan minyak...;p
-Tumis bawang merah,bawang putih sampai agak kuning tp jgn sampai garing.
-Pastu masukkan lada besar+tomato kisar...biar sampai minyak naik tp jgn smpai kering laks...
-then masukkan sos tomato,sos cili,garam,gula, penyedap rasa (knorr,tumix bla bla bla...sy xletak byk sbb xnak kacau rase asli.hehe)
-kacau rata then masukkan serai,air asam jawa & kulit kayu manis.tambah air kalau nak kuah banyak...
-then masukkan ayam gorang td..kacau lagi rata2...
-titikkan kicap setitik dua kasi warna ada pekat sikittt je...xbyk pun.hehe
-dah yakin warna dan rasa dah sebati,angkat ler gi hidang.hehehe...opppss kena rase dulu.

*rasa mungkin berbeza antara kita.so,imbangkanlah mana yang patut.
*resipi ni xpedas.so kalau nak pedas,letaklah lada kecik tu ye...xpun lada kering.sy guna stok penyelamat je...hehehe
*Gambo takde.dah kenyang tersadai baru ingat...:)

SEKIAN.tenkiu....ade feedback,silakan ye...:)

Wednesday, March 7, 2012

Kucing~Cinta Mekar Kerana Dipupuk Selalu

Rabu~7 Mac 2012~6.55ptg


Salam & selamat petang....:)

Dum dam dum dam guruh berdentum kat langit.Hujan dah tentu dengar mencurah-curah.
Tapi tak jugak saya offkn lappie ni.
Haiii...tak syg lappie nampak...? Errrr...syg tp idea tgh on ni...so ignore the scary drums...muehehe...

Ermmm...tajuk kali ni pun jiwang jugak? Mood bunga-bunga? Oh tidak...tidak...

Saya tergerak nak tulis entry ni after bace updates Papa Hero [aktivis cintakan haiwan]
kat facebook kakimotong fan club hari ni.Yang paling menangkap mata dan jiwa saya bila
Papa Hero [PH] menyatakan yang terkilan dgn masyarakat yang menyindir usahanya
dengan mnulis kata-kata sinis terhadapnya dlm facebook.

PH ni adalah org yang menyelamatkan seekor kucing bernama Hero yang kudung
kedua-dua tangannya selepas dianiaya manusia yang amat zalim.bertitik tolak dari itu,
PH kini menjadi slh seorang yang begitu dihormati pencinta haiwan atas usaha dan
inisiatifnya dalam memberi kesedaran terhadap masyarakat ttg kecintaan terhadap
haiwan terutamanya kucing dan anjing jalanan.

Itu intro tentang PH.Selepas membelek-belek page PH arini, saya tergerak hati utk menulis ini:

Dulu masa saya kanak-kanak,saya tak ada kucing peliharaan.cuma selalu nampak kucing
org lalu lalang kat kawasan rumah ibu bapa saya.rumah kami ni rumah tanah rancangan,
tak ada berpagar sebab kejiranan kami selamat dan rapat.biasalah kawasan kampung.

Jadi budak2 bulus ni tak tau datang dari mana main2 kat halaman.
Abah saya sememangnya tidak sukakan kucing waktu tu.Katanya kucing suka
calarkan keta.Dihalaunya kucing tu.Pantang nampak di mata, abah pasti akan kejar
dan jerit kuat2.Macam halau penyamun.Kadang-kadang baling batu.Ye..baling batu
sampai bedebub kena kucing tu.Saya dan mak saya pulak sukakan kucing.Kitorang la
yang pekik balik kat abah merayu jangan diapa-apakan makhluk kecik selemah mereka.

Itu kisah sebelum dua tahun kami adopt Tompok atau Ipok.mak saya mintak nak bela Ipok
dari jiran sebab saya suka sgt2 dengan Ipok.lepas tempoh breastfeeding dlm 3 bulan,saya
take over jaga Ipok daripada jiran.Atas izin Allah,Abah yang segarang & tak sukakan kucing
tu jadi lembut hati.Mungkin juga dia kesiankan saya yang beria-ia nak bela Ipok.

Disebabkan baru umur 9 tahun,saya belum mampu membeli makanan Ipok.Abahlah yang
akan cari Friskies Ipok merata-rata.Ipok ada taste sendiri.Wetfood nak whiskas,kibbles nak Friskies.
Kalau xde stok kat supermarket terdekat,Abah sanggup drive sejam perjalanan utk
cari kat tempat lain.

Lihat bagaimana rasa tanggungjawab & kasih sayang tu bercambah.Ipok kucing yang baik.
Kami tak pernah neuter dia sebab masa tu kami belum faham tentang konsep mengembiri haiwan peliharaan.
Ipok suka merayau pergi masjid dan sekolah agama.Alim sungguh kucing saya ni.Hehehe.
Mula-mula dia pandai merayap,kami risau sebab
dia kadang tak balik rumah dalam 3 hari.Abah smpai bawak guni utk bawak dia balik.
Tapi lama-lama dah tak payah berguni lagi.Bila dengar bunyi motor lalu masjid je,akan kedengaran suara Ipok memanggil.
Dia sendiri yang akan panjat bakul motor abah.Ipok,I miss you...

Ipok pernah kencing pancut atas belakang abah saya masa abah tgh tgk TV.tapi abah tak marah.Abah syg Ipok.
Abah suka usik Ipok dgn gerakkan kaki scara tiba2 kalau Ipok lalu
sebelah dia.Ipok akan terkejut dan meloncat setinggi-tingginya...Abah syg Ipok lg.
Sampai nak balik kg pun,Abah suruh bwk Ipok sekali.Ipok kencing atas seat sebab tak biasa.Abah tak marah jugak.

Masa kat kg,Ipok hilang masa sy tidur.Ipok takde sangkar.Kami ikat guna tali je.
Subuh tu,kami released tali Ipok sbb saya nak peluk.Sedar2 je Ipok dah takde!
Glabah kami dibuatnya.Abah cari dan jumpa Ipok kat masjid.Masjid lg?
Alhamdulillah senang cari Ipok.

..........................................................................................................................................................................

Sekarang Ipok dah takde...dia mati tahun tahun 2001 sebab kena langgar masa balik
subuh dari masjid.Kami tak jumpa bangkai dia sampai sudah.Kata jiran,ada org alih dan tanamkan Ipok.
Mak saya meraung...meratap peluk tin kibbles Ipok.Ipok kucing peliharaan
kami yang pertama.Saya hilang arah,asyik nangis tengok gambar Ipok.Abah sembunyikan kesedihan dia.
Kami tau Abah pun sedih.Sebab Ipok dia berubah jadi penyayang kucing.

Kerana Ipok,Abah dah tak baling batu kat kucing lain lg.

Sebab Ipok,Abah protective bila Ipok gaduh ngan kucing lain.Sebab tanggungjwab & syg kat Ipok,
Abah hantar Ipok pergi veterinar bila Ipok cedera.Sedangkan dahulunya Abah tak tau apa-apa tentang penjagaan kucing.

Sebab Ipok,kami ada Cici yang kami bela sekarang.
Abah syg Cici macam Abah syg Ipok.Tikus pun sorok gigi sebab Ipok ada.
Tapi kini dah 11 tahun Ipok dijemput Maha pencipta...


* ni Cici...kucing kami skrang.

Okay...sambil taip ni saya nangis.Tetiba saya rindu Ipok...sungguh.Saya tak sempat
bermanja lama dengan Ipok sebab saya suka buli dia.Masa tu saya kecik lagi...saya rasa menyesal
sebab jahat langgar die ngan basikal.Saya kejar dia satu rumah sampai
dia takut lari2 masuk bawah meja,sehari sebelum kematian dia.Saya menyesal.
Saya harap Ipok maafkan saya.Dia dah tentu di syurga.

*Apa yang saya nak highlight kat sini, sifat kasih manusia terhadap haiwan boleh dipupuk.
Kucing ni makhluk lemah yang manja.Janganlah dianiaya.Kalau tak suka sekalipun,jangan ditendang,ditampar,didera.
Jangan tunjuk kuat tapi sebenarnya dayus.

Even kepada anjing sekalipun,memang sebagai muslim kita ada batas dan syariat yang
mengehadkan kita dalam berurusan
dgn haiwan ni.Tapi ingat mereka pun makhluk Allah.
Kita takde hak untuk bertindak kejam ke atas mereka,apatah lagi mengancam nyawa
mereka sewenang-wenangnya.

Jadilah manusia yang penyayang kepada haiwan.Sebagaimana kita sayangkan pencipta dan sesama manusia yang lain...

Usah diperlekeh usaha org lain,sedangkan kita takde sumbangan sesen pun tapi sebenarnya
hanya membazir tenaga utk menyemai perasaan benci...

Ahad.26 Februari 2012.951mlm

Salam.

Hye hye...tajuk macam dah jiwang kan kan kan? Mustilah! Tajuk musti nak gempak...barulah sonok nak click.eh yeke camtu?

Sebenarnye tajuk saya kali ni memang dah straight to the point.Bagi peminat makanan western,ni lah port baru yang saya nak introduce.Well,saya ni bukanlah peminat western tegar.So apa yang saya kata ni berdasarkan taste saya & testimoni org ramai.

*sumber gambar: www.klurbanite.com

Toowoomba Deli & Meats ni sebenarnya steak house milik bumiputera yang beroperasi di PV 128 Jalan Genting Kelang,sebaris ngan Overtime...kat depan traffic light.Dekorasi restoran ni guna kerusi dan meja kayu,sesuai dgn konsep makanannye.

Okay,memang niat saya datang nak cuba rib eye & bf saya lak nak lamb chop...so kami pilih ianya dimasak dengan cara medium.sesetengah org ade yang nak well cook.
Tak lama duduk,sampailah hidangan kami.Okay,bf saya ni bab masakan melayu memang dia tak banyak bunyi.Tp bab western memang ade2 je fiil dia.Kali ni dupdap jugak saya nk dengar respon dia sbb saya yang suggest dtg tempat ni.

*sumber gambar: www.klurbanite.com
*meja kami yang belah kiri tu...:)

Okay,selepas dua tiga suap...saya tanya bf...dia kata 'Boleh tahan sedap'....fuhhhh lega hati akak heh.Senyum sampai ke dahi,....tak sia-sia lah suggestion saya kan? Lamb chop dia yang nak penuh pinggan tu akhirnya habis dibedal.Rasanya manis2 ditambah dengan sos lada hitam yang umph,memang cerah mata saya.Dari sekadar nak merasa,saya mintak utk kali kedua dan seterusnya.Saya lak terkial-kial nak habiskan rib eye...sekeping tuh pun menung...saya memang macam ni.hehehe...separuh je dah kenyang.

*satisfied!


Anda2 yang baru tau pasal toowoomba ni jgn risau sebab daging yang digunakan adalah 100% daging import australia halal.

Untuk apa yang kami makan malam tu:

Grassfed Ribeye RM32.90
Lamb Chop RM 26.90

Dan ianya pasti berbaloi utk kunjungan anda...:)

Wednesday, February 15, 2012

Kembali Lagi...:)

Salam....hari ni 15 Feb 2012 sy kembali menulis.lame betul sy tak jenguk blog sy ni...kira2 8 bulan jugak.Rasa terkilan sebab tinggalkan ape yang sy aktif mula dulu...apelah yang malas sgt pun sy tak pasti...

Tak nak bebel panjang,sy skrg ni dah tak terlibat dengan industri hiburan lagi.Bidang tu merupakan kegemaran & minat sy sejak sekolah lg.Tapi memandangkan atas sebab2 kehidupan,sy terpaksa berhijrah ke alam pekerjaan yang sama sekali lari dri ape yang sy belajar di universiti dulu.

Sy kini bertugas di bidang insurans.Bukan ejen sbb sy memang tak pandai nak yakinkan dan pujuk org.Cume membantu perjalanan dan operasi department di ibu pejabat saja.meneroka sesuatu yang baru ni sy akui memang agak kekok dan asing bg sy.Mulanya sy memang rase stress dan lemas dgn persekitaran yang sy cuba utk biasakan.Lama-lama biasalah tu...adat berhijrah.Sy boleh adapt dgn suasana dalam tempoh 3 bulan ni....lagi 3 bulan utk disah jawatan.

Doakan sy mampu jalani rutin harian sy dan moga anda juga begitu...:)

*dah ngantuk.nak beradu dulu...*

KATEGORI ENTRI

6 Perkara Boleh Buat Geram~ (1) Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan (1) Aku Sayang Semuanya~ (1) Angan-angan 2011 (1) Anuar Zain Afgan Ahmad Durrah (1) Anuar Zain~Sedetik Lebih (1) Apa Jawapannya ~ Vince Chong (1) Apalah Dayaku Ya Tuhan... (1) Asmara 2 (1) Awi Rafael-Pulanglah (Full BM) (1) Bazar Ramadhan KL (1) Berat Hati Menanggung~Perjalanan Menjadi Seorang Yang Lebih Matang (1) Bersabarlah...masih ada sinar di hujung jalan... (1) BERSAMAMU~hulurkan tangan ringankan beban (1) berubah~erry putra ft reen (1) Bila Rindu Bila Terasa Rindu? (1) C'Mon Lah...We Malaysian What. (1) Cerita Awal 2011 (1) Di Dalam Dilema (1) Diduakan Dirisik (1) Dunia Seni (27) Eason Chan oh Sam Lee Sheng Jie oh Bobby Au (1) Ernie Shahirah atau Ernie Shaheerah? Dua artis berbeza... (1) Few things happened in our life might let us fall aside... (1) Gadjet oh gadjet~ (1) Hantaran? (1) Hati Mengaduh~ (1) Hikayat Merong Mahawangsa-The Malay Chronicles~3 more days to go (1) Imbasan Kronologi Cinta~Vince Chong AF1 setelah setahun (190110-190111) (1) Impian Ke Cameron Highlands (1) Jangan Bilang Tidak~ (1) Kad Jemputan Kahwin~Walimatul Urus (1) Kata Hati (20) Kesakitan Ini Membelenggu (1) Kisah Zaman Kecik-kecik (1) Korean Autumn In My Heart (1) KRU (1) Kucing Di Mana-mana (1) Laksa: Between Food Poisoning And Addiction~ (1) Nasi Lemak (1) Need You Now~Lady Antebellum (1) nubhan~mata hati (1) Pahang Negeriku (1) Pam Tayar~get over my fearness (1) Pasar Malam Kuala Lumpur List (1) Petua Kurangkan Kentut Bisul Lebam Mata (1) Pssst~nak kongsi interest nehh... (1) Qua Anwary (2) Risaonye..... (1) Satay Station Kg Pandan (1) Saya Marah Tapi (1) Saya sukakan kedamaian~ (1) Saya Tahu Allah Sayang Saya (1) Sedetik Lebih English Version~The Memories Remain (1) Skoliosis (1) Sunburn (1) Terus bercinta (1) Teruskanlah by Agnes Monica (1) The Malay Chronicles: Bloodlines (Extended Trailer)-HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA (1) Tips Jimat Petrol Dan Diesel (1) Tips Panduan (9) Ulasan Pengalaman (10) Walk Away~ (1) Walking along the beach~fuhhh besh (1) Westlife (1) Westlife Asia Tour In Malaysia Review (1) WO BU PEI~I'm Not Worthy (Jay Chou) (1) Zzati-Cinta Hanya Padamu (Review Lyric) (1)