Selasa 8.42 pm.30 Oktober 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca...dah lama betul saya tak update sebarang entry.benda tangguh-tangguh ni la jadinya...masa ada idea,saya keberatan nak menulis.bila mood dah mari,idea pulak blow away...hehehe

Oklah...berdasarkan title kat atas,al-kisahnya saya ni kali pertama nak apply passport utk ke luar negara.first time ni first time...nervous saya jadinya.fikir apa perlu buat,prosedurnya mcm mana.sebenarnya,prosedur memohon passport ni mudah saja.ianya seperti kita berurusan dengan JPN juga.cuma saya gugup sebab melibatkan dokumen yang amat penting sebab saya akan ke negara lain.tak sama perasaannya masa mohon IC dulu.haha apalah...dalam gugup pun saya excited.

Saya mohon passport ni di pejabat passport malaysia di Presint 14 Putrajaya.dalam alamat website imigresen kata presint 15 tapi dlm passport presint 14.ahh hentam sajalahhh...yang penting kalau anda nak search,search Jalan Diplomatik 2/2 Putrajaya.pejabat passport ni dalam bangunan Chancery Blok A.bagi yang pertama kali datang ataupun baru tahu tentang pejabat passport ni,ia baru saja dicawangkan dari ibu pejabatnya di Presint 2.maknanya,pejabat imigresen presint 2 masih ada,cuma untuk urusan passport,anda datang terus ke Presint 14.

Boleh je kalau nak buat kat pejabat imigresen wangsa maju & jalan duta.tapi saya anggap pejabat tengah bandar ni sesak ngan pelanggan.tu yang saya merayau jauh sampai putrajaya.takpelah,alang-alang saya boleh round2 putrajaya ye tak...

Saya dari KL pagi tadi dalam pukul 8 pagi (ambil cuti sehari bimbang lambat siap).sangkut jammed lagi kat Jalan Gombak-Jalan Pahang-Jalan Tun Razak dah amik masa lebih kurang 15 minit.saya masuk MEX hiway sebab tak guna MRR2.lagi haru kalau jammed.kena tol kat Salak Selatan RM 1.50 dan Putrajaya Link RM 2.50...saya ingatkan satu tol je...okay...bayar jelah.then saya terus ke Presint 14...dalam pukul 9 saya sampai kawasan Presint 14 (Presint Diplomatik) tapi malang lagi saya berpusing2 tak jumpa jalan dan keliru jalan putrajaya.dua kali pusing Presint Diplomatik,akhirnya jumpalah parking yang agak jauh dari pejabat passport.parking tepi jalan lain dah penuh oiii...(anda juga boleh parking bawah tanah di bawah bangunan chancery (pejabat passport).kata sorang kakak yang sama memohon tadi,parking bawah blok tu free of charge.tapi kalau anda parking rm0.50 pun anda tak rugi.cuma panassss ajelahhh...haha

Berbekalkan RM 0.50 yang kebetulan ada,saya parking kereta untuk sejam pertama.Pada sangkaan saya,org tak ramai sebab hari bekerja.sesampai je di pejabat passport, fuhhhh long queue haaaaa....nombor semasa yang tertera 1042 dan nombor giliran yang saya dapat 1162.ramainya manusiaaaa...untung rakyat malaysia,kita ni senang dah sebenarnya..boleh terbang sana sini.now everyone can fly katenya...hehehe

Prosedur memohon ni agak mudah...saya ingat cerewet sangat tapi okay la,takde banyak hassles.Apa yang saya nak ceritakan ni adalah berdasarkan pengalaman dan situasi saya sebagai new applicant ataupun pemohon baru.Setakat hari ni,prosedurnya adalah seperti di bawah....( kalau lain semasa anda apply,ampunkn la saya ye...hehehe)

1.  Tempat pertama yang saya tuju adalah KAUNTER NOMBOR GILIRAN.Saya dapat angka giliran pada jam 9.30 pagi...layanan petugas kaunter sangat memuaskan...anda nyatakan apa urusan anda (permohonan baru atau pembaharuan)...beliau akan memberi anda nombor giliran berdasarkan urusan anda.Sebelum itu,sediakan dokumen yang perlu untuk urusan anda.

-Contoh: jika anda memohon passport buat kali pertama,bawa IC asal,gambar ukuran passport sekeping dan salinan IC.jika ada yang terkurang,petugas kaunter akan advice anda apa yang perlu.macam saya tadi,saya tak bawak salinan IC.jadi beliau mengatakan saya boleh fotostat IC saya di sebuah kedai kecil berhampiran main entrance.jika anda masuk pintu masuk utama bangunan chancery blok A,kedai kecil itu di sebelah kiri.ianya satu pintu dengan kiosk pembaharuan passport (kalau tak silap saya)...bayaran yang dikenakan untuk salinan IC depan belakang adalah sebanyak 20 sen.kat situ pun ada jual air dan makanan ringan.haaa ini sangat convenient sebab masa saya sampai tadi tersangatlah haus...lega ada air kat situ...hehhehe

-Selepas ambik nombor giliran,saya terus buat salinan IC.kemudian saya kembali semula ke pejabat passport.

2. Memandangkan pelanggan yang ramai (penuh kerusi hall), saya jangkakan saya akan mendapat giliran sebelum waktu makan tengah hari.Saya sempat alihkan kereta saya ke parking yang lebih dekat dengan pejabat passport.haaaa...jarak masa tu menguji kesabaran sebenarnya...aha.buat-buat cool jelah,nak buat macam mana.lambat bukan kerana petugas tapi pelanggan yang ramai.kalau sorang amik masa 10 minit, 100 orang? Belum kira urusan yang berbeza.kan kan kan? Sambil menunggu tu sempatlah layan Marimar kat TV dulu.hahaha...hati-hati,jangan sampai terleka.saya pun hampir terbabas nombor tadi....hehehee

3. Saya dapat giliran saya pada jam 1235 tengah hari.Itupun dah skipped banyak nombor (ada pelanggan yang dah balik kot). Saya menuju ke KAUNTER PERMOHONAN berdasarkan nombor dan kaunter yang saya perlu berurusan.saya serahkan IC, salinan IC dan sekeping gambar berukuran passport.kalau dulu,kena dua keping kan? tapi setakat hari ini,hanya perlu sekeping sahaja.saya tak isi sebarang borang.petugas kaunter hanya bertanyakan ketinggian badan, nombor telefon,status perkahwinan dan alamat yang ingin kita gunakan.kemudian beliau akan meminta kita buat finger print.tak sampai 5 minit,urusan saya di kaunter tu siap.saya diminta menunggu untuk dipanggil membuat pembayaran.IC asal akan hold sementara dan kita akan collect semula di kaunter pembayaran.

4. Pukul 1252,nombor saya dipanggil ke kaunter 6 iaitu KAUNTER PEMBAYARAN.oleh sebab saya memohon passport untuk 2 tahun,jadinya saya perlu membayar RM100.kalau 5 tahun,RM 300.takpelah,saya bukannya selalu pergi oversea pun...silap2 2-3 page je yang terpakai...hehehe
Selepas pembayaran dibuat,saya diberi resit dan passport boleh diambil selepas satu jam.waktu yang tertera di resit sewaktu membuat pembayaran adalah 12.54 tengah hari.Saya pun dah rasa lapar,sementara menunggu siap bolehlah saya isi perut dulu di restoran berdekatan.

5. Dalam pukul 2 petang,saya kembali ke pejabat passport.menurut petugas kaunter pembayaran,nombor giliran saya akan dipanggil sama ada ke kaunter 7 atau 8 iaitu KAUNTER SERAHAN untuk mengambil passport yang sudah siap.saya tengok nombor giliran yang tertera menunjukkan nombor semasa sudah sampai 119+.saya tertanya-tanya dalam hati sama ada saya sudah terlepas giliran ke? Setelah 20 minit berteka-teki sendiri,saya pergi sendiri ke kaunter serahan untuk bertanya.haaa kan betul nombor giliran saya dah terlepas! maknanya passport saya dah siap kurang dari sejam! haha padan muka saya kan...
kat kaunter serahan,saya kena tandatangan satu borang penerimaan dan meneliti isi kandungan muka surat maklumat pemegang passport sebelum menurunkan tandatangan.lepas tu,passport antarabangsa itu dengan rasminya menjadi milik saya.hehehehe

*kiranya,untuk pemohon baru anda berurusan dengan 4 kaunter (NO.GILIRAN, PERMOHONAN, PEMBAYARAN & SERAHAN)...kalau untuk renew,tak pasti pulak saya.sama je kot...

*bagi applicant sabahan & sarawakian,ada satu bilik kaunter khas untuk anda sebaris dengan bilik kaunter untuk semenanjung.untungnya,kaunter tu sangatlah lengang dan tak payah tunggu lama-lama...:)))

*sebelum masuk ambil nombor,anda boleh baca info di pintu masuk pejabat.ia boleh menjadi panduan untuk anda.

*khidmat fotografi gambar berukuran passport juga boleh didapati di kedai kecik yang saya katakan seperti kat atas...(fotostat & kiosk pembaharuan)

*saya rasa better datang pagi ambil nombor dulu sebelum tengah hari.takut orang ramai sgt,bimbang kaunter ambil nombor giliran tutup untuk mengehadkan jumlah pelanggan (untuk clearkan urusan pelanggan terdahulu)...masa tengah hari tadi,kaunter nombor tutup dalam setengah jam...sediakan payung sebelum hujan kan?

*okay...saya tak ada ambil sbrg gambar pun nak attached kat sini.penat ngan panas sampai lupa nak snap picture.hopefully entry ni ada input untuk rujukan santai anda...:))

*kalau ada salah atau kurang dgn input saya,tegur2 la ye...hehe

Goodnite,dah penat...zzzzzz O.o















13 Respon Anda?:

Anonymous said...

waktu operasi ari ape je? ari sabtu buka x? sy student praktikal, x leh amik cuti.

~shasha abdullah~ said...

anonymous: sabtu dan ahad buka.tapi sy tak pasti buka sampai pukul berapa...:))

Anonymous said...

Salam...
Nak maklum, cuti sekolah ni Pejabat Pasport Putrajaya buka sampai pukul 10 malam.

~shasha abdullah~ said...

owh yeke...terima kasih atas maklumat.lama tu sampai malam...:))

Anonymous said...

input yang bagus... ;-)
sangat membantu... boleh lah saya mengekjas masa saya nanti... terima kasir banyak2.

firdaus nazeri said...

Nice sharing and info.. :)

Anonymous said...

salam..sis,, utk renew passport dekat presint 14/15 ye? and siap berapa lama?2jam?

miss Azi said...

Tak suka jalan2..tapi sbb mak n abg suka jaln2 trpaksa buat psport..hehe..=)

Anonymous said...

nice info..ini lah yg dikatakan customer yg memahami..sometimes kalau org ramai ade yg marah2 menunggu lama sdgkan masa menunggu bergantung pada faktor bilangan customer yg dtg..sebenarnya utk menyiapkan pasport hanya mengambil ms sejam dr proses bayaran.itu moto jabatan imigresen..tp ramai yg salah sangka 1 jam dapat pasport bermula dr ambil no giliran..hurmmm..btw..gud info to teach malaysian..

Anonymous said...

Blacklist personal loan boleh buat pasport?

Anonymous said...

Tq sbb rajin kongsi info. Apabila sesuatu ilmu itu dpt dikongsi dan dimanfaatkan, maka dapatlah pahala. Mudah2an

Anonymous said...

Rkyat malaysia perlu sedar, negare ni lah antare yg paling cepat proses pasport utk rakyatnyee... Tak percayaa??? Search now!!!! Tula masalah bile rkyat dah terlalu dimanjekan.. Jadi hampas kering la masing2....... Buat tu tak kene, ini tak kene,.. Haishhhh.. Nak melenting je kerja... Cube bagi diorg yg kuat complain ni jadi kakitngn awam yg brkhidmat utk public pulak... Camna jadinya.... Haaaa

Anonymous said...

Perkongsian yang sangat menarik.. Kalau nak mudah buat atau renew passport, boleh ke Pejabat imigresen sini ye :)

http://miaqaisarah.com/2016/03/23/mudahnya-renew-passport/

Post a Comment

KATEGORI ENTRI

6 Perkara Boleh Buat Geram~ (1) Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan (1) Aku Sayang Semuanya~ (1) Angan-angan 2011 (1) Anuar Zain Afgan Ahmad Durrah (1) Anuar Zain~Sedetik Lebih (1) Apa Jawapannya ~ Vince Chong (1) Apalah Dayaku Ya Tuhan... (1) Asmara 2 (1) Awi Rafael-Pulanglah (Full BM) (1) Bazar Ramadhan KL (1) Berat Hati Menanggung~Perjalanan Menjadi Seorang Yang Lebih Matang (1) Bersabarlah...masih ada sinar di hujung jalan... (1) BERSAMAMU~hulurkan tangan ringankan beban (1) berubah~erry putra ft reen (1) Bila Rindu Bila Terasa Rindu? (1) C'Mon Lah...We Malaysian What. (1) Cerita Awal 2011 (1) Di Dalam Dilema (1) Diduakan Dirisik (1) Dunia Seni (27) Eason Chan oh Sam Lee Sheng Jie oh Bobby Au (1) Ernie Shahirah atau Ernie Shaheerah? Dua artis berbeza... (1) Few things happened in our life might let us fall aside... (1) Gadjet oh gadjet~ (1) Hantaran? (1) Hati Mengaduh~ (1) Hikayat Merong Mahawangsa-The Malay Chronicles~3 more days to go (1) Imbasan Kronologi Cinta~Vince Chong AF1 setelah setahun (190110-190111) (1) Impian Ke Cameron Highlands (1) Jangan Bilang Tidak~ (1) Kad Jemputan Kahwin~Walimatul Urus (1) Kata Hati (20) Kesakitan Ini Membelenggu (1) Kisah Zaman Kecik-kecik (1) Korean Autumn In My Heart (1) KRU (1) Kucing Di Mana-mana (1) Laksa: Between Food Poisoning And Addiction~ (1) Nasi Lemak (1) Need You Now~Lady Antebellum (1) nubhan~mata hati (1) Pahang Negeriku (1) Pam Tayar~get over my fearness (1) Pasar Malam Kuala Lumpur List (1) Petua Kurangkan Kentut Bisul Lebam Mata (1) Pssst~nak kongsi interest nehh... (1) Qua Anwary (2) Risaonye..... (1) Satay Station Kg Pandan (1) Saya Marah Tapi (1) Saya sukakan kedamaian~ (1) Saya Tahu Allah Sayang Saya (1) Sedetik Lebih English Version~The Memories Remain (1) Skoliosis (1) Sunburn (1) Terus bercinta (1) Teruskanlah by Agnes Monica (1) The Malay Chronicles: Bloodlines (Extended Trailer)-HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA (1) Tips Jimat Petrol Dan Diesel (1) Tips Panduan (9) Ulasan Pengalaman (10) Walk Away~ (1) Walking along the beach~fuhhh besh (1) Westlife (1) Westlife Asia Tour In Malaysia Review (1) WO BU PEI~I'm Not Worthy (Jay Chou) (1) Zzati-Cinta Hanya Padamu (Review Lyric) (1)