Tuesday, February 15, 2011

6 Perkara Boleh Buat Geram~

Selasa~15Februari2011~1210tghri

1. Buang Sampah Merata-rata
* Bukankah elok kalau kita hold dulu sampah tu sampai jumpa tong sampah? Jangan buang selagi tak jumpa.Sesetengah orang mencampak sampah sesuka hati.Di tepi jalan,atas rumput,celah pokok bunga,longkang...ada juga perokok yang menjentik puntung rokok tu macam tu saja.Natijahnya,sampah merata-rata.Kita macam tak ambik iktibar banjir & pencemaran alam yang berlaku sekarang.Bila bencana terjadi,kita tuding jari kat pihak berkuasa & orang lain kononnya itu salah mereka.Dalam tak sedar,kita sendiri yang membuat sampah.

Ada orang akan bagi alasan 'alah biarlah,nanti barulah tukang sapu ada kerja.' Saya paling mendidih dengan alasan macam tu.Tanya diri kita sendiri,kita suka tak kalau orang menyusahkan kita dengan menambahkan beban kita? Bertimbang rasalah dengan orang yang membersihkan sampah kita itu.Mereka hanya pekerja.Bila kita berpendapat biadab seperti itu,kita seolah-olah memperlakukan mereka seperti hamba.Kita tak tau hari mendatang.bayangkan kita di tempat mereka...

Hargai kebersihan. Buang sampah dalam tong sampah. Jangan biarkan diri kita terus malas.

2. Meludah Ikut Suka
* Biasanya pelaku meludah merata ni adalah lelaki. Saya selalu jumpa air liur atas jalan raya,tepi kaki lima & mungkin juga atas rumput? Anda juga mungkin sama seperti saya. Apa perasaan anda? Lebih-lebih lagi kalau perlakuan meludah tu berlaku di depan mata anda.Bagi saya,sangat tidak sopan dan tidak melambangkan kebersihan diri kita.

Pernah saya tengok seorang perempuan bertudung yang agak cantik meludah atas rumput sewaktu ujian lesen memandu.Sungguh saya terkejut.Kelu sekejap.Saya mungkin tak tahu apakah sebab dia meludah di depan orang ramai.Tapi sekurang-kurangnya,hormatlah sensitiviti dan perasaan orang sekeliling.

3. Potong Barisan
* Tak kisahlah kat mana2 pun bila beratur,kadang2 ada yang anggap mereka saja yang nak cepat akan potong barisan.kita dah beratur agak lama pun boleh sabar menunggu.Kakak yang sarat mengandung pun boleh tahan.Ada yang berani tegur,akan tegur.Tapi ada juga yang tak berani nak kata apa2 sebab takut lebam bijik mata...

4. Langgar Lampu Isyarat
* Dah tahu keadaan trafik tengah padat & lampu isyarat sedang bertukar dari kuning ke merah,nak jugak langgar.Bila tersangkut di tengah2 laluan,kan dah menyebabkan kesesakan dan menimbulkan kemarahan pengguna jalan raya yang lain.Kalau tak kena langgar tu takpelah,tapi tak rasa malu ke bila orang lain marah kita kerana ketidaksabaran kita tu? Kalau saya,saya dah tak boleh tebalkan muka dah.Adesss...

5. Aniaya Kucing
* Saya memang seorang pencinta kucing.Saya tak kisah orang lain tak suka atau gelikan kucing asalkan tak menyakiti kucing.Walaupun tak selesa kucing bergesel lebih2 lagi waktu makan kat restoran,janganlah disepak haiwan tu.Bagi saya,saya terus hilang rasa hormat kat orang tu.

Saya sendiri akan bagi apa yang saya makan kepada kucing tu.Bagi saya,tak ada rugi berkongsi rezeki dengan mereka.Kalau tak ada apa nak dibagi,saya akan rasa serba salah.Mungkin kita tak terfikir dalam ramai2 orang yang makan kat kedai tu,kenapa kita yang kucing tu pilih? Mungkin makhluk kecil ni membawa rezeki untuk kita.Lagipun kucing adalah binatang kesayangan Nabi.Tapi kalau kita tak suka kucing sekalipun,tolonglah jangan aniaya mereka...

6. Orang Yang Lambat
* Lambat dalam setengah jam kira ok lagi.Tapi apa2 pun jangan terlalu expect orang lain akan paham kelewatan kita sedangkan itu salah kita. Sekurang2nya bagitahu awal2 sebab lambat & mintak maaf.Jangan biarkan orang tunggu kita.Kadang2 janji pukul 8 jadi pukul 10.Orang di sana sudah siap pada waktu yang tepat & kita lengahkan.Saya rasa orang yang ada kesabaran tinggi je boleh tunggu 2-4 jam macam tu dengan dah siap habis.Rasanya dalam tempoh masa tu,banyak perkara boleh buat.Nak tidur 20x mimpi pon dapat.Sekali dua mungkin boleh terima,tapi kalau dah banyak kali...cubalah letakkan diri kita dalam situasi penunggu tu.

Kalau lambat & sibuk macam manapun,tolonglah SMS.Jangan pentingkan diri kita sorang je.Mungkin kita tak sedar dalam masa yang sama,kita dah kikis harapan & semangat orang.Tapi demi kita,mereka pretending tabah.Tapi rasanya dalam hati hanya Tuhan yang tahu...

Ni lah nasib PENUNGGU...


(Semua di atas adalah pendapat & perspektif peribadi saya saja.Dan mungkin pernah berlaku kepada orang lain...sekadar berceloteh.)

1 Respon Anda?:

Park Ji Seung said...

13 Everyday Things That Malaysians Can't Stand - #Geramnye!

http://jiseungpark.sharethisstory.net/my-955202-6346

Post a Comment

KATEGORI ENTRI

6 Perkara Boleh Buat Geram~ (1) Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan (1) Aku Sayang Semuanya~ (1) Angan-angan 2011 (1) Anuar Zain Afgan Ahmad Durrah (1) Anuar Zain~Sedetik Lebih (1) Apa Jawapannya ~ Vince Chong (1) Apalah Dayaku Ya Tuhan... (1) Awi Rafael-Pulanglah (Full BM) (1) Bazar Ramadhan KL (1) Berat Hati Menanggung~Perjalanan Menjadi Seorang Yang Lebih Matang (1) Bersabarlah...masih ada sinar di hujung jalan... (1) BERSAMAMU~hulurkan tangan ringankan beban (1) berubah~erry putra ft reen (1) Bila Rindu Bila Terasa Rindu? (1) C'Mon Lah...We Malaysian What. (1) Cerita Awal 2011 (1) Di Dalam Dilema (1) Diduakan Dirisik (1) Dunia Seni (26) Eason Chan oh Sam Lee Sheng Jie oh Bobby Au (1) Ernie Shahirah atau Ernie Shaheerah? Dua artis berbeza... (1) Few things happened in our life might let us fall aside... (1) Gadjet oh gadjet~ (1) Hantaran? (1) Hati Mengaduh~ (1) Hikayat Merong Mahawangsa-The Malay Chronicles~3 more days to go (1) Imbasan Kronologi Cinta~Vince Chong AF1 setelah setahun (190110-190111) (1) Impian Ke Cameron Highlands (1) Jangan Bilang Tidak~ (1) Kad Jemputan Kahwin~Walimatul Urus (1) Kata Hati (20) Kesakitan Ini Membelenggu (1) Kisah Zaman Kecik-kecik (1) Korean Autumn In My Heart (1) KRU (1) Kucing Di Mana-mana (1) Laksa: Between Food Poisoning And Addiction~ (1) Nasi Lemak (1) Need You Now~Lady Antebellum (1) nubhan~mata hati (1) Pahang Negeriku (1) Pam Tayar~get over my fearness (1) Pasar Malam Kuala Lumpur List (1) Petua Kurangkan Kentut Bisul Lebam Mata (1) Pssst~nak kongsi interest nehh... (1) Qua Anwary (2) Risaonye..... (1) Satay Station Kg Pandan (1) Saya Marah Tapi (1) Saya sukakan kedamaian~ (1) Saya Tahu Allah Sayang Saya (1) Sedetik Lebih English Version~The Memories Remain (1) Skoliosis (1) Sunburn (1) Terus bercinta (1) Teruskanlah by Agnes Monica (1) The Malay Chronicles: Bloodlines (Extended Trailer)-HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA (1) Tips Jimat Petrol Dan Diesel (1) Tips Panduan (9) Ulasan Pengalaman (10) Walk Away~ (1) Walking along the beach~fuhhh besh (1) Westlife (1) Westlife Asia Tour In Malaysia Review (1) WO BU PEI~I'm Not Worthy (Jay Chou) (1) Zzati-Cinta Hanya Padamu (Review Lyric) (1)