Monday, February 14, 2011

Laksa: Between Food Poisoning & Addiction~

Isnin~14Februari2011~6.27ptg



Tajuk pasal laksa kan? Tapi pic tangan berbalut ni pun adalah kerana laksa. Ye saya seorang hantu laksa. Laksa yang kuah pedas tu ye. Kalau laksa kuah lemak atau kuah pelik2, saya kurang sikit.Bukannya tak sedap tapi maybe mind set & kebiasaan macam tu.

Based on the pic,sebenarnya saya dimasukkan ke wad kecemasan sebab kes keracunan makanan.Awalnya saya tak tahu kenapa.waktu petang sabtu,kami sekeluarga pergi pasar malam nak window shopping.dan saya lak seperti biasa akan beli laksa kegemaran saya kat satu stall pilihan saya tu.memang dah biasa.sebab laksa dia sedap (atau saya yang tak pandai alih angin?)...

Balik rumah,saya pun dengan muka berseri-seri terus gelojoh buka plastik laksa.Ok,ape yang wat saya pelik adalah mi laksa tu tak kembang cam biase. Then dia punya kuah tak pekat cam selalu.Agak cair & agak pelik bagi saya.Tapi oleh kerana kebuluran & suke sangat dapat laksa,saya baham sorang2.kakak & mak saya tengok jela sebab diorang tak berapa suka laksa+kompom diorang tak kacau kegemaran anak bongsu.hehehe...

Malamnya sebelum masuk tidur,saya rasa pening2 & mual. Tapi saya abaikan jela sebab saya anggap maybe sebab saya penat kot.So saya pun terlelap la dalam berfikir tadi.Dalam pukul 3 pagi,saya terjaga sebab rase mual yang amat.Rasa macam nak muntah.Tapi saya tidur balik sebab ngantuk tak ingat.Then terbangun lagi (tak ingat pukul berape).Kali ni saya terus berlari g dapur.Nak muntah kat sinki.Tapi malangnya tak keluar ape2.Cuma keluar air masam...

Saya sambung tidur semula.Then terbangun lagi & muntah lagi.Kali ni keluar isi2 yang saya makan petang tadi.Kuah laksa & isi laksa bagai tuhh.Kononnya lega la dah muntah.Tak jugak sebab sampai pukul 6 pagi,dalam 10 kali saya bangun muntah.Penatnya tak payah cakap.Mak saya urut2 belakang saya kot2 boleh kurangkan sikit sakit tu.

Untuk makluman,saya muntah disertai sakit perut yang menyucuk & memulas.Saya ingat pagi tu boleh baik,tapi tak jugak.Cik abang saya suruh minum air teh tanpa gula.Saya dah try tp ape yang saya minum atau makan,saya akan luahkan balik.Dah tu,memang lapar la saya... Akak saya lak dok wat lawak ngan saya,tapi saya tak dapat nak gelak sebab senak sangat2.Nak ngadu ngan mak,mak saya g keje pagi Ahad tu.So sepanjang akak saya takde g amik mak saya kat tempat keje,saya menangis & meraung la sorang2 sebab tak tahan sakit.Tak dapat nak pretend kuat dah.Memang dah tak cun la saya mase tu...

Dalam pukul 11 pagi,mak balik.Diorang terus siap2 nak hantar saya g klinik.Saya pulak nak jalan amik baju & tukar baju pun tak mampu.Harapkan akak la amik itu ini.Yang penting,saya langsung tak boleh baring sebab saya akan muntah kalau baring.G klinik pun macam pelarian.Serabai.

Malangnya hari ahad semua klinik tutup.So diorang decide bawak saya g hospital.OMG...masuk je kat tunggu turn,saya dah nangis2 atas bahu mak.Macam budak kecik kn? Tapi kalau tak sakit & boleh tahan,saya takkan nangis.Ni memang langsung rase macam nak je main terjah pintu bilik doktor tu.Orang sekeliling dah pandang2 tapi biaselah dah nama tempat orang sakit,normallah kalau ade yang nangis cam saya ni.

Agaknya tengok saya macam dah tak boleh dibiarkan lagi,saya dapat turn yang agak awal.Check itu check ini,kompom saya kena food poisoning.Bila recall balik,yes maybe sebab saya makan laksa tu.Takde makanan laen yang suspek.natijahnya,saye ditahan.kena masuk air & ubat.3 jam saya melepek kat katil wad kecemasan tu.Dalam 2 jam baring & tidur,abah saya masuk.Abah sebenarnya baru balik dari kursus haji.Tapi sebab tak leh duduk diam kat umah,dia merempit g tengok saya.Abah dah malas nak pakai kereta lagi satu sebab nak cepat katenye.Isy~terharu saya dibuatnya.

Kejap2 abah masuk tanya dah ok ke belum.Yang saya pulak boring tunggu air masuk habes.Dalam pukul 3,saya dibenarkan balik.Jangka waktu memang sekejap,tapi merasa la jugak sakitnye jarum dicucuk kat tangan nak masuk ubat & air.Tak sakit sangat pun sebab urat tangan saya pun senang nak cari sebab saya kurus kot.

Lepas tu baru la saya lega sikit. Tu pun jalan tak berapa nak betul sebab masih pening2 lalat.Akak saya suka sangat la sebab dia dapat drive kereta abah. Kalau tak,memang saya yang pegang stereng.

Pengajarannya,mak saya nasihatkan hati2 dengan apa yang kita makan lebih2 lagi makanan yang ada potensi nak reheat banyak kali ni.Saya memang agak cerewet ngan makanan yang pelik kat luar tapi makin lama makin culas.Akibatnya,ni yang saya dapat.keracunan makanan bukan sesuatu yang sedap & remeh sebab nanti takut jadi lebih teruk.Peringkat awal pun dah seksa.Silap2 masuk ICU kalau tak ambik berat.

Tapi,kes ni tak menyekat saya untuk terus jadi penggemar LAKSA yang tegar.So,lepas ni saya nak pulun laksa lagi.Laksa Shack tak nak la sebab orang kata tak sedap.betul ke?

* Ni type laksa yang saya suka.Kuah merah...biase guna ikan selayang.Saya sendiri boleh masak laksa tapi malas.Saya nak makan jeeee~hehehe...
* So if sesape tau mane ade lakse yang sedap (kat KL ye...heheh),sila la inform saya ye??? TQ...:)

0 Respon Anda?:

Post a Comment

KATEGORI ENTRI

6 Perkara Boleh Buat Geram~ (1) Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan (1) Aku Sayang Semuanya~ (1) Angan-angan 2011 (1) Anuar Zain Afgan Ahmad Durrah (1) Anuar Zain~Sedetik Lebih (1) Apa Jawapannya ~ Vince Chong (1) Apalah Dayaku Ya Tuhan... (1) Awi Rafael-Pulanglah (Full BM) (1) Bazar Ramadhan KL (1) Berat Hati Menanggung~Perjalanan Menjadi Seorang Yang Lebih Matang (1) Bersabarlah...masih ada sinar di hujung jalan... (1) BERSAMAMU~hulurkan tangan ringankan beban (1) berubah~erry putra ft reen (1) Bila Rindu Bila Terasa Rindu? (1) C'Mon Lah...We Malaysian What. (1) Cerita Awal 2011 (1) Di Dalam Dilema (1) Diduakan Dirisik (1) Dunia Seni (26) Eason Chan oh Sam Lee Sheng Jie oh Bobby Au (1) Ernie Shahirah atau Ernie Shaheerah? Dua artis berbeza... (1) Few things happened in our life might let us fall aside... (1) Gadjet oh gadjet~ (1) Hantaran? (1) Hati Mengaduh~ (1) Hikayat Merong Mahawangsa-The Malay Chronicles~3 more days to go (1) Imbasan Kronologi Cinta~Vince Chong AF1 setelah setahun (190110-190111) (1) Impian Ke Cameron Highlands (1) Jangan Bilang Tidak~ (1) Kad Jemputan Kahwin~Walimatul Urus (1) Kata Hati (20) Kesakitan Ini Membelenggu (1) Kisah Zaman Kecik-kecik (1) Korean Autumn In My Heart (1) KRU (1) Kucing Di Mana-mana (1) Laksa: Between Food Poisoning And Addiction~ (1) Nasi Lemak (1) Need You Now~Lady Antebellum (1) nubhan~mata hati (1) Pahang Negeriku (1) Pam Tayar~get over my fearness (1) Pasar Malam Kuala Lumpur List (1) Petua Kurangkan Kentut Bisul Lebam Mata (1) Pssst~nak kongsi interest nehh... (1) Qua Anwary (2) Risaonye..... (1) Satay Station Kg Pandan (1) Saya Marah Tapi (1) Saya sukakan kedamaian~ (1) Saya Tahu Allah Sayang Saya (1) Sedetik Lebih English Version~The Memories Remain (1) Skoliosis (1) Sunburn (1) Terus bercinta (1) Teruskanlah by Agnes Monica (1) The Malay Chronicles: Bloodlines (Extended Trailer)-HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA (1) Tips Jimat Petrol Dan Diesel (1) Tips Panduan (9) Ulasan Pengalaman (10) Walk Away~ (1) Walking along the beach~fuhhh besh (1) Westlife (1) Westlife Asia Tour In Malaysia Review (1) WO BU PEI~I'm Not Worthy (Jay Chou) (1) Zzati-Cinta Hanya Padamu (Review Lyric) (1)